Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Kisar 2 Bahan Rahsia Ini, Confirm Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Melikat Dan Sedap! Cubalah!

Kisar 2 Bahan Rahsia Ini, Confirm Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Melikat Dan Sedap! Cubalah!

Kategori:

Akhir-akhir ni memang ramai tengah masak sup tulang kan sebab perayaan Hari Raya yang lepas. Ia menjadi menu utama bagi sesetengah orang ketika sambutan Hari Raya.

Menyebut hal sup tulang, ada sesetengah netizen menanyakan bagaimana hendak masak sup tulang yang sedap dengan kuah yang pekat. Ini kerana, kebanyakan sup tulang mempunyai kuah cair dan tidak berapa kaw!

Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi daripada Fazniza Razali. Dia berkongsi mengenai resepi sup tulang yang sedap dan pekat dengan mencampurkan 2 bahan rahsia. Apakah bahan tersebut dan bagaimana cara penyediaannya? Jom kita baca!

Kisar 2 Bahan Rahsia Ini, Confirm Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Melikat Dan Sedap! Cubalah!

Bahan-Bahan A:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • halia dalam 2 ketul
  • 1 sudu ketumbar
  • Kisar semua bahan A sampai halus

Bahan-Bahan B (Bahan Rahsia Kepekatan Kuah):

  • 3 batang saderi
  • 1 batang lobak merah
  • Kisar semua bahan B sampai hancur

Bahan-Bahan C:

  • 3 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk serbuk sup
  • 2 kg tulang
  • 5 biji kentang (dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar (dibelah 4)
  • air

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
  2. Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang empuk.
  3. Jika tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi empuk. Proses ini makan masa 1 1/2 jam juga.
  4. Apabila sudah empuk, masukkan ubi kentang, batang sedari dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
  5. Dah masak semua bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.

sup tulang jadi pekat sup tulang jadi pekat sup tulang jadi pekat sup tulang jadi pekat sup tulang jadi pekat sup tulang jadi pekat sup tulang jadi pekat

Okay dah siap sup tulang kita ni! Bahan-bahan B lah yang membuatkan sup tulang jadi pekat. Rasa dia memang sedikit lain dari yang lain dan sedap! Cubalah!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Fazniza Razali

Baca juga: Resepi Tepung Pelita Versi Kacau, Sukatan Untuk 25 Bekas, Buat Niaga Pun Boleh!

tags: | |