Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Ini Yang Korang Perlu Tahu, Ada 5 Jenis Sos Tiram Berbeza, Chef Amer Kongsi Petua Pilih Sos Betul

Ini Yang Korang Perlu Tahu, Ada 5 Jenis Sos Tiram Berbeza, Chef Amer Kongsi Petua Pilih Sos Betul

Kategori:

Dalam masakan kita biasanya, sos tiram adalah antara bahan yang wajib diletak. Contohnya, dalam masaka sayur goreng, mi goreng atau sambal ayam, pasti sos tiram diletak untuk menambahkan rasa yang ada.

Jadi, dengan itu, jom kita semak dengan petua yang diberikan Chef Amer dari portal Rasa untuk membeli sos tiram yang betul.

5 jenis sos tiram berbeza

Masa saya beli sos tiram di pasaraya tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu sos tiram untuk vegetarian.

Saya pun tunjukkanlah yang mana satu. Kemudian dia tanya lagi apa beza sos tiram yang lain-lain tu.

Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya. Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak mak cik ni tanya, sos tiram jenama apa yang paling best. Jom ikutii 5 jenis sos tiram berbeza ini.

Ini Yang Korang Perlu Tahu, Ada 5 Jenis Sos Tiram Berbeza, Chef Amer Kongsi Petua Pilih Sos Betul

Sos Tiram

5 jenis sos tiram berbeza5 jenis sos tiram berbeza

  • Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10 peratus dan boleh dipanggil sos tiram.
  • Rasa tiram yang sebenar.
  • Jenama Panda Lee Kum Kee

Sos Perisa Tiram

5 jenis sos tiram berbeza 5 jenis sos tiram berbeza 5 jenis sos tiram berbeza

  • Kandungan ekstrak tiram kurang 5 peratus, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
  • Rasa tiram yang ‘mild’.
  • Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me.

Sos Tiram Premium

5 jenis sos tiram berbeza 5 jenis sos tiram berbeza

  • Kandungan ekstrak tiram 40 peratus.
  • Rasa tiram yang sangat padu.
  • Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan).

Sos Tiram Tiruan Sayuran

5 jenis sos tiram berbeza 5 jenis sos tiram berbeza

  • Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1 peratus) serta perasa sahaja.
  • Sebab tu sesuai untuk Vegetarian.
  • Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me.

Sos Berperisa Tiram Ekonomi

5 jenis sos tiram berbeza

  • Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja
  • Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
  • Jenama Puteri, Emos, HTH.

Itulah perbandingan 5 jenis sos tiram berbeza. Lain sos tiram, lain fungsinya dalam masakan. Semoga perkongsian ini bermanfaa. Nanti tak akan salah dah piliih dan guna yang mana dalam masakan, kan?

Selamat mencuba!

Sumber: Chef Amer

Baca juga: Resepi Sambal Ikan Thai Viral, Ini Cara Masak Biar Rasa Sedap Lain Macam. Cubalah!

tags: | |