Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Khas Untuk Penggemar Memasak Cara Ekspres, Ini 7 Produk Adabi Yang Best Tapi Ramai Tak Tahu. Wajb Cuba!

Khas Untuk Penggemar Memasak Cara Ekspres, Ini 7 Produk Adabi Yang Best Tapi Ramai Tak Tahu. Wajb Cuba!

Kategori:

Produk Adabi memang cukup terkenal sebagai penyelamat mak-mak di dapur. Tak perlu bersusah payah beli rempah ratus berasingan, gunakan saja rencah dan rempah dari Adabi, masakan confirm menjadi.

Bukan setakat rempah dan rencah masakan, malah ramai yang turut gemarkan produk legend dari Adabi seperti ketupat, tepung cucur dan pelbagai jenis sos.

Tahu tak sebenarnya ada banyak lagi produk Adabi yang terbaru dan menarik untuk dicuba? Yang paling best, ianya sangat memudahkan kerja memasak di dapur!

Jom kita tengok 7 produk Adabi yang menarik untuk dicuba. Semuanya recommended!

7 Produk Adabi Yang Best Tapi Ramai Tak Tahu, Sangat Menarik Untuk Dicuba!

1. Kuah Kacang

Nampaknya Adabi ambil langkah untuk lengkapkan produk ketupat mereka yang popular dengan keluarkan produk kuah kacang dalam tin!

Senangnya, terus buka dan panaskan saja! Kalau nak rasa lagi berlemak, boleh tambahkan santan ikut citarasa. Ada juga yang gunakan kuah kacang ni sebagai ramuan untuk mee bandung.

Nak makan dengan pecal atau rojak pun best juga! Mudah sangat bila ada kuah kacang sedia dimakan macam ni! Tak payah bersusah nak blender cili kering atau kacang tanah lagi!

2. Spaghetti & Sos Pasta

Bukan setakat ramuan masakan tempatan, malah Adabi juga ada produk Spaghetti dan Sos Pasta bagi penggemar yang suka nikmati spaghetti ala Itali di rumah.

Terdapat dua pilihan untuk dicuba iaitu Sos Pasta asli dan Sos Pasta Cendawan. Untuk pilihan Spaghetti pula ada variasi halus, kasar dan Fettucine.

3. Kicap Doorgift

Rupanya bukan Jalen saja yang ada kicap doorgift, malah Adabi pun ada! Rupanya sangat ekslusif dan cantik untuk diberikan sebagai buah tangan kepada tetamu majlis.

Kalau nak pesan, bolehlah hubungi pihak Adabi. Pastikan anda pesan sekurang-kurangnya sebulan awal, ya!

4. Sambal Kerang & Sambal Kupang

Tak sangka pula Adabi Sambal Kerang dan Sambal Kupang dalam tin! Ada yang tumiskan sedikit bawang kemudian letakkan sambal ni supaya lebih sedap.

Ada juga yang gunakan sambal kerang sebagai perencah mee goreng. Masakan gerenti bertambah sedap sebab kerang dan kupang dalam tin ni tetap fresh lagi tau!

5. Jagung Dalam Tin

Ingatkan Adabi jual produk yang berempah saja, rupanya jagung dalam tin pun ada. Pilihlah antara Kernel Jagung Manis atau Jagung Manis Ala Krim dari Adabi, confirm tak menyesal!

Sesuai sangat untuk buat pemanis mulut berasaskan jagung seperti cucur jagung, apam balik dan bubur jagung!

6. Kopi 3-In-1

Jangan tak tahu, Adabi juga ada produk Kopi 3-in-1 sendiri! Mungkin produk ni kurang popular sebab Adabi lebih terkenal dengan rempah ratus dan ramuan memasak.

Namun, ramai yang kata kopi Adabi ni boleh tahan sedap, memang syok minum untuk segarkan mata!

7. Sup Dalam Tin

Mungkin anda pernah dengar produk dalam tin dari Adabi seperti kari daging atau kari kambing yang sesuai dijadikan ramuan untuk buat nasi briyani express. Kita juga biasa gunakan perencah sup yang lengkap dengan rempah ratus dari Adabi.

Tapi, pernahkan anda dengar tentang sup dalam tin dari Adabi?

Cukup rempah dan padat dengan isi, terdapat pelbagai produk sup dalam tin dari Adabi yang anda boleh cuba seperti sup ayam, sup kambing, sup tulang dan sup daging. Siap lengkap dengan kentang sekali!

Banyak rupanya produk menarik dari Adabi yang wajib dicuba. Bab kualiti dan rasa memang tak payah cakaplah, sebab jenama Adabi sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia selama berpuluh-puluh tahun.

Kalau susah nak jumpa produk ni, anda tak perlu risau. Pesan saja di laman web emall.adabi.com. Lebih 100 produk berkualiti dan dijamin halal menanti anda! Jom borong produk Adabi hari ni!

tags: |