Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Cara Betul Tanam Pokok Pudina Supaya Tumbuh Cantik & Mekar, Ramai Yang Tak Tahu

Cara Betul Tanam Pokok Pudina Supaya Tumbuh Cantik & Mekar, Ramai Yang Tak Tahu

Kategori:

Pudina menjadi salah satu herba yang digunakan secara meluas dalam pelbagai masakan. Selain dimakan mentah seperti ulam, ia juga boleh ditambah dalam teh dan laksa sebagai penambah rasa dan hiasan.

Dari dibeli, seeloknya ia ditanam sendiri di rumah. Ini kerana pudina merupakan antara pokok yang paling mudah untuk dijaga.

Namun, ramai yang tak tahu cara menanamnya dengan betul. Setiap kali dicuba, tentu tak berjaya. Jika begitu, kami ingin berkongsi cara betul tanam pokok pudina yang telah dikongsikan oleh Gedung Tips Semaian Aquatic Holland Florist.

Cara Betul Tanam Pokok Pudina Supaya Tumbuh Cantik & Mekar, Ramai Yang Tak Tahu

  1. Sediakan tanah, siram tanah hingga basah. Cara Betul Tanam Pokok Pudina
  2. Potong pucuk pudina dari pokok yang sedia ada atau boleh beli di pasar sahaja. Ambil bahagian pucuk dalam 3 hingga 4. Cara Betul Tanam Pokok Pudina Cara Betul Tanam Pokok Pudina
  3. Cucuk ke tanah pucuk-pucuk tadi.Cara Betul Tanam Pokok Pudina
  4. Letak tempat redup, sis letak bawah pokok-pokok yang lain. Cara Betul Tanam Pokok Pudina Cara Betul Tanam Pokok Pudina
  5. Biarkan sampai stabil. Bila dah cantik kejadiannya, potong pucuk dan ulang je proses ke pasu lain. Kalau dibiarkan nanti jadi lupus kering tak cantik. Kena trim bila dah banyak, buat la ulam ke, teh ke, nasi ke, laksa ke.
  6. Siap! Cara Betul Tanam Pokok Pudina

Ternyata mudah sahaja untuk menanam pokok pudina. Yang penting perlu tahu cara betulnya dan kena rajin sikit. Terus dapat pokok yang cantik dan mekar. Lebih jimat dari dibeli, kan?

Semoga tips ini bermanfaat buat anda.

Kredit: Gedung Tips Semaian Aquatic Holland Florist

Baca Juga: Tanam Pokok Kesum Dalam Rendaman Air, Ini Tips Supaya Pokok Elok Subur Dan Akar Meriah!

tags: | |