Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Cara Buat ‘Ibu Sambal’ Pekat & Rasa Mantap, Jimat Masa Nak Masak Hidangan Bersambal & Goreng!

Cara Buat ‘Ibu Sambal’ Pekat & Rasa Mantap, Jimat Masa Nak Masak Hidangan Bersambal & Goreng!

Kategori:

Korang pernah dengar perkataan ibu sambal? Ia adalah bahan yang disediakan terlebih dahulu untuk memudahkan kita masak hidangan sambal, misalnya.

Boleh buat stok untuk 1-2 bulan. Mudah dan jimat sangat masa memasak untuk yang sibuk dan malas berlama-lama di dapur.

Jom kita ikuti perkongsian Hafsah Mardhiah ini. Memang best lah buat ‘ibu sambal’ ni.

Antara Masakan Yang Boleh Dimasak Dengan ‘Ibu Sambal’:

  • sambal nasi lemak
  • ikan/udang/ayam/sotong masak sambal/masak merah
  • mi/bihun/kuey teiw goreng
  • gulai ikan/ayam
  • kari ikan/ayam
  • rendang/lontong dll

Dan banyak lagi masakan yang boleh menggunakan pes yang sama – ibu sambal

Cara Buat ‘Ibu Sambal’ Pekat & Rasa Mantap, Jimat Masa Nak Masak Hidangan Bersambal & Goreng!

Bahan-Bahan & Cara Penyediaan:

  • bawang merah – 3/3 >> 1.5kg+
  • bawang putih – 1/3 >> 0.5kg+
  • cili kering besar – anak tak makan pedas – (2/3) >> 0,2kg++ ringan tapi banyak
  • guna blender boleh masak tu, blend dan terus masak dalamnya.
  • Oleh kerana buat banyak, saya blend + masak bawang merah dulu. then baru blend + masak bawang putih + cili kering.
  • Lepas tu saya campur je semua dan biarkan sejuk sebelum simpan.
  • Ada yang suka asingkan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Saya malas, jadi saya campur semua sebab nisbah saya dah betul untuk masak.
  • Ada yang suka campur halia. Saya tak suka sebab bukaan semua masakan guna halia. Jadi ikut selera masing-masing.
  • Nanti bila nak masak, baru saya tambah bahan lain ikut masakan. Tambah halia/lengkuas/serbuk kunyit/serbuk kari/garam/gula/garam/sos/kicap dll. ibu sambal ibu sambal ibu sambal ibu sambal ibu sambal

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba buat pembaca!

Sumber: Hafsah Mardhiah

Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Rahsia Buat Jelly Kelapa Sedap & Kenyal, Boleh Buat Untuk Jamuan & Niaga Confirm Laku Keras!

tags: | |