Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Cara Frozen Buah Untuk Tahan Lama Dengan Rasa Lebih Sedap, Jom Guna Teknik Mudah Ini!

Cara Frozen Buah Untuk Tahan Lama Dengan Rasa Lebih Sedap, Jom Guna Teknik Mudah Ini!

Kategori:

Biasanya, kita mengamalkan cara frozen lauk untuk melambatkan proses lauk basah menjadi busuk.

Dan selalunya, peti ais bahagian sejuk beku ini penuh dengan ikan, ayam, serai, lengkuas, daun limau dan juga bahan masak dan dapur yang lain.

Tapi buah-buahan juga mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan bahan menjadi tahan lama. Bukan setakat itu, rasa buah juga mendatangkan rasa dengan lebih sedap.

Cara frozen buah untuk tahan lama ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad sejak 6 tahun lalu. frozen buah untuk tahan lama

“Kalau dulu saya boleh simpan beku ikan dan daging. Beberapa tahun lepas kita dapat ilmu bekukan herba masakan pula. Serai halia, lengkuas, kantan, kesum, daun bawang, lobak merah dan banyak lagi.

“Enam tahun lepas saya dapat tip frozen buah untuk tahan lama dari kawan seorang pegawai teknologi makanan. Kualiti buah tahan lama dan rasa pun lebih sedap. Ini caranya.”

Buah Yang Sesuai & Sedap Bila Frozen:

  • Daripada sebuah peti sejuk untuk bekukan bahan makanan dia menambah deep freezer 100 liter untuk diisi bahan makanan sejuk beku ini.
  • Selain nanas, buah naga, nangka, tembikai potong juga boleh disejuk beku. Untuk bekukan pisang, boleh tabur gula untuk elak jadi lebam.
  • Sebaiknya, buah-buahan dan sayuran untuk yang hendak disejuk bekukan ini dibasuh bersih terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan dan dimakan.
  • Untuk buah seperti rambutan dan dokong pula, boleh buah kulit letak dalam bekas dan simpan. Buah mangga, kuinin macang boleh potong siap-siap untuk disejuk bekukan.
  • Buah strawberi juga enak bila disejuk bekukan. Rasa macam makan aiskrim.

Semoga perkongsian ini berguna buat semua. Selamat beramal!

Sumber: Noor Hafiza Mohamad 

Baca juga: Anak-Anak Puji ‘Sup Telur’ Mama Paling Sedap Kat Dunia, Wanita Ini Kongsi Rahsianya

tags: | |