Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Mahu Tanam Ketumbar Dengan Cara Paling Mudah? Ini Cara Tanam Dalam Botol & Tak Perlu Siram Selalu

Mahu Tanam Ketumbar Dengan Cara Paling Mudah? Ini Cara Tanam Dalam Botol & Tak Perlu Siram Selalu

Kategori:

Biasanya, jika kita membeli daun ketumbar di pasar raya, kuantiti yang dijual agak banyak kerana ia dijual dalam bentuk paket plastik. Beli sepaket RM1-2 dan kita guna dalam masakan pun tak sampai suku.

Setelah itu pembaziran selalu berlaku apabila daun ketumbar yang tidak habis digunakan akan buruk dan layu.

Tetapi, jika kita menanam sendiri pokok ketumbar di rumah, kita boleh berjimat dan ambil daun ketumbar mengikut keperluan. Ini kerana, tak susah sebenarnya untuk tanam pokok ketumbar. Namun ingat, ketumbar antara tanaman yang tidak boleh terendam batang di dalam air. Hal ini menyebabkan tanaman cepat mati.

Jadi, Daily Makan ingin berkongsi tip tanam daun ketumbar yang pernah dikongsikan oleh seorang petani dari India tanpa menggunakan tanah dan ditanam di dalam botol plastik terpakai. Paling mantap, ia tidak memerlukan tugas yang rumit untuk sentiasa menyiramnya.

Mahu Tanam Ketumbar Dengan Cara Paling Mudah? Ini Cara Tanam Dalam Botol & Tak Perlu Siram Selalu

Bahan-Bahan:

  • biji benih ketumbar
  • botol plastik terpakai
  • pebble wash
  • pasir
  • paku
  • lilin
  • pisau

Cara Penyediaan:

  1. Rendam biji benih ketumbar di dalam air 48 jam (2 hari) dalam air bersih.
  2. Bersihkan botol plastik terpakai dan potong 2.
  3. Lubangkan bahagian atas botol termasuk pada penutup sebagai lubang saliran dengan menggunakan paku yang telah dipanaskan.
  4. Bersihkan pebble wash dan masukkan ke dalam bekas yang telah dilubangkan tadi.
  5. Taburkan benih ketumbar yang telah direndam dan tutup dengan lapisan pasir kasar sekurang-kurangnya 5mm tebal.
  6. Isikan air pada bahagian takungan hingga mencecah tengkuk separa teduhan.
  7. Sembur air pada permukaan semaian dan letakkan di ruang separa teduhan.
  8. Untuk elak pembiakan alga yang mengotorkan air di dalam bekas takungan, balut botol dengan menggunakan kertas atau aluminium foil.
  9. Tambah air di dalam bekas takungan apabila berkurungan sahaja. Tidak perlu lakukan sebarang siraman lagi.

Haaa begitulah tip untuk tanam ketumbar dengan cara paling mudah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para pembaca.

Sumber: Bonsai Trees

Baca juga: Ini Yang Korang Perlu Tahu, Ada 5 Jenis Sos Tiram Berbeza, Chef Amer Kongsi Petua Pilih Sos Betul

tags: | |