Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Cara Tanam Raspberry Di Rumah Sendiri Dengan Segar, Paling Best Boleh Buat Jus & Jem Serta Banyak Lagi!

Cara Tanam Raspberry Di Rumah Sendiri Dengan Segar, Paling Best Boleh Buat Jus & Jem Serta Banyak Lagi!

Kategori:

Raspberry adalah antara buah yang banyak khasiatnya. Ia dapat menurunkan berbagai risiko penyakit.

Antara kebaikan dan manfaat raspberry adalah buah ini dapat menurunkan kolestrol di usus kerana ia kaya dengan serat yang mampu mencegah penyerapan kolestrol di usus.

Jadi, jika kita tanam raspberry ini di rumah, pastinya senang untuk dipetik dan dijadikan makanan berkhasiat. Antaranya adalah untuk dijadikan makanan seperti jem atau penambah perasa dalam makanan selain dibuat jus yang berkhasiat.

Jom ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob ini. Katanya Raspberry sememangnya boleh hidup dalam cuaca negara kita.

“Saya tanam cara oraang tua kampung, tak pakkai baja beli cumma guna tanah bakar, siram air, siang ikan, air beras. Lebih kurang macam tanam Mulberry.”tanam raspberry

Cara Tanam Raspberry Di Rumah Sendiri Dengan Segar, Paling Best Boleh Buat Jus & Jem Serta Banyak Lagi!

Tip Semai Biji Benih Raspberry:

  1. Sediakan pasu dengan saliran baik.
  2. Isikan dengan tanah, saranan 60% tanah kompos, 30% pasir sungai, 10% tanah biasa.
  3. Rendam biji binih dalam air selama 4-12 jam. (Beli sini)
  4. Tabur biji benih atas permukaan tanah dan tutup dengan tanah 2-3 cm.
  5. Letakkan pasu di tempat mempunyai caahaya matahari tapi elakkan terkena titisan hujan. Elakkan juga tanam terlalu lembap supaya biji benih tak terkena serangan kulat sebelumm bercambah.
  6. Biji benih raspberry memerlukan masa bercambah yang lama. Benih akan bercambah mulai minggu ke 8-12. tanam raspberry tanam raspberry tanam raspberry

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua! Nanti senang dah tanamm raspberry di rumah kan? Selamat menikmati!

Sumber: Zaid Azizy Yaakoob

Baca juga: Resipi Kuih Koci Moden Buat Pemanis Mulut Yang Enak & Unik, Ini Cara Buat Paling Mudah

tags: |