Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » “Banyak Tahun Tertipu…” – Chicken Chop Bukan Hidangan Barat Tapi Ciptaan Malaysia, Ramai Yang Masih Tak Tahu Tentang Fakta Ini

“Banyak Tahun Tertipu…” – Chicken Chop Bukan Hidangan Barat Tapi Ciptaan Malaysia, Ramai Yang Masih Tak Tahu Tentang Fakta Ini

Kategori:

Memang benar Chicken Chop sering menjadi pilihan warga tempatan apabila mengunjungi ke restoran bertema Barat. Bagaimanapun, masih ramai belum mengetahui asal usul makanan tersebut walaupun telah dimakan sejak sekian lama.

Hidangan yang kini menjadi pilihan utama di restoran-restoran Western di Malaysia, ternyata bukanlah hidangan asal dari Barat seperti yang ramai orang sangka.

Sebuah fakta menarik terungkap dari seorang TikToker Inggeris hinggga menjadi bulana rama iaitu Chicken Chop bukanlah ciptaan asli Barat! Meskipun inspirasinya mungkin berasal dari sana, Chicken Chop yang kita nikmati hari ini telah mengalami evolusi dan transformasi yang membuatnya begitu istimewa di Malaysia.

Bukan Asal Dari Barat Tetapi Ciptaan Malaysia

Menerusi video di laman Tiktok milik greggetseverywhere, dia telah berkongsi Chicken Chop bukanlah berasal dari Barat tetapi ciptaannya dari Malaysia.

chicken chop

“Saya menyedari bahawa ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa chicken chop bukanlah hidangan Barat. Ia berasal dari Malaysia.” – ujarnya.

Asal usulnya mungkin diinspirasikan daripada hidangan barat seperti Chicken Cutlet atau Chicken Schnitzel. Namun, kreativiti orang-orang Malaysia telah menjadikannya sebagai hidangan yang berbeza dan memikat hati.

Salah satu ciri yang membezakan makanan tersebut dari Malaysia adalah pelbagai sos yang disertakan, seperti sos tomato, sos BBQ atau sos black pepper. Sos-sos ini yang memberikan rasa istimewa pada hidangan yang digemari ramai ini.chicken chop

Bukan itu sahaja, ia juga dikenali dengan potongan daging ayam yang digoreng hingga crispy di luar tetapi lembut di dalam. Tekstur yang unik ini memberikan pengalaman makan yang memuaskan.

@greggetseverywhere

Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia

♬ original sound – Greg Larcombe

@greggetseverywhere Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia ♬ original sound – Greg Larcombe

Menurut komen netizen, ada yang menyatakan mereka tidak pernah tahu mengenai hal ini dan mendapat ilmu pengetahuan yang baru.

Saya Belajar Benda Baru – Netizen

“Terima kasih. Saya pelajari sesuatu yang baru hari ini.”

chicken chop

“Terima kasih untuk itu. Saya belajar sesuatu yang baru hari ini. Chicken chop adalah kegemaran anak-anak saya”

chicken chop

Jadi meskipun asal inspirasinya dari Barat, Chicken Chop di Malaysia telah mengalami evolusi yang menghasilkan cita rasa dan penyajian yang khas.

Menjadikannya sebagai salah satu hidangan paling dicari dan diakui di negeri ini, menunjukkan keberhasilan kuliner Malaysia.

Sumber: greggetseverywhere

Baca juga: Resipi Ayam Perap Berempah Ala Mamak, Simple Tapi Padu! Simpan Dalam Peti Terus Goreng

tags: | |