Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » “Guna Air Mineral..”, Dr Malar Kongsi Tip Kulit Glowing, Rupanya Dia Dah Lama Amalkan Cara Ini

“Guna Air Mineral..”, Dr Malar Kongsi Tip Kulit Glowing, Rupanya Dia Dah Lama Amalkan Cara Ini

Kategori:

Sebut sahaja nama Dr Malar, pasti orang ramai tidak asing lagi mendengar nama tersebut. Beliau terkenal dengan perkongsian-perkongsian nasihat dalam kehidupan seharian dengan fakta-fakta yang menarik.

Terbaharu, baru-baru ini beliau berkongsi tentang tip penggunaan air mineral untuk mencuci muka. Wah! Nampak macam menarik kan? Jom kita ikuti perkongsian Dr Malar melalui hantaran videonya di TikTok.

Rupanya kalau cuci muka guna air mineral, kulit akan lebih sihat dan berkemungkinan besar akan bebas daripada masalah jerawat. Dr Malar berkongsi rahsianya tentang pengalamannya mencuci muka menggunakan air mineral semasa dia pergi bercuti.

“Guna Air Mineral..”, Dr Malar Kongsi Tip Kulit Glowing, Rupanya Dia Dah Lama Amalkan Cara IniDr Malar

“Saya bagi satu rahsia, kalau travel saya cuci muka dengan air mineral sahaja. Saya tak guna air di hotel sebab takut ada outbreak, tumbuh jerawat. You all tak nak ikut tak mengapa tapi pastikan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup,” katanya.Dr Malar

Beliau juga mengingatkan kepada orang ramai yang selalu bergantung kepada pil pemutih agar berhati-hati untuk menjaga kesihatan dalam jangka masa yang lama.

“Yang duk makan pil putih lah, jus nak putih lah, drip nak putih lah. Esok lusa malaikat tak kenal korang macam mana? Ada plan tak?”, celotehnya dalam perkongsian di TikTok tersebut.

Dia menyatakan bahawa kulit yang glowing bukannya kulit putih, kulit yang glowing dalah kulit yang bersih dan sihat.Dr Malar

“Untuk dapatkan kulit yang bersih dan sihat you all tak payah pun pergi cari pil putih sampai buah pinggang rosak. Tak payah.

“Ada tiga sahaja tip dengan tiga langkah untuk dapatkan kulit glowing yang boleh beri keyakinan diri yang tinggi”.Dr Malar

Langah / Tips Cuci Muka Yang Betul Dari Dr Malar

Langkah 1

  1. Cuci muka paling kurang dua kali sehari. Cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit.
  2. Guna skrub muka paling kurang dua atau tiga kali seminggu.
  3. Lepas skrub muka, guna pula facial masak. Lepak, rehat bagi kulit bernafas,

Langkah 2

  1. Minum air putih yang cukup. Ini paling penting, bukannya minum jus-jus yang mengarut. Bila minum air putih, pastikan you all pilih yang ada mineral untuk kecantikan kulit.
  2. Cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika kerana ia penting untuk tubuh kita serap kolagen dalam proses pembinaan kolagen. Maksudnya kalau tubuh kita sedang membina kolagen, silika memperkuatkan ikatan tersebut seterusnya memastikan kolagen itu berada di tempat yang sesuai.

Langkah 3

  1. Buat facial. Tapi kalau tak sempat, nak buat di rumah pun boleh. Sekarang ini banyak yang diy. Yang penting cuci muka dan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup untuk kecantikan kulit.
  2. Jadi kepada anda yang sedang gigih berusaha nak cantikkan kulit, boleh lah amalkan air putih dan jangan lupa cuci muka dengan air mineral. Siapa tahu, kulit anda akan lebih sihat dan bersih. Dr Malar
@drmalarss

Yang duk makan pil putih lah jus nak putih lah drip nak putih lah ni.. Esok lusa kalau malaikat tak kenal korang, acaner? Ada backup plan tak? 🤭 Ni sy kongsikan 3 tips mudah untuk dapat kulit yang sihat, bersih dan glowing 😚 Jangan cakap sis tak payung hokkay 🤪 #celotehdrmalar #teamMakMak #pilputih #dripputih #kolagen #kolagendrink #fypシ #fyp

♬ original sound – Celoteh Dr Malar – CelotehDrMalar

@drmalarss Yang duk makan pil putih lah jus nak putih lah drip nak putih lah ni.. Esok lusa kalau malaikat tak kenal korang, acaner? Ada backup plan tak? 🤭 Ni sy kongsikan 3 tips mudah untuk dapat kulit yang sihat, bersih dan glowing 😚 Jangan cakap sis tak payung hokkay 🤪 #celotehdrmalar #teamMakMak #pilputih #dripputih #kolagen #kolagendrink #fypシ #fyp ♬ original sound – Celoteh Dr Malar – CelotehDrMalar

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat beramal buat semua.

Sumber: Dr Malar

Baca juga: Resipi Diet Ala Mat Salleh, Cucumber Yogurt Salad! Cara Potongan Timun Beliau Jadi Tumpuan Netizen Ingin Cuba

tags: | |