Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Tip Simpan Santan Agar Kekal Segar Hingga Tahan Berbulan-Bulan, Tidak Beku & Senang Guna Balik

Tip Simpan Santan Agar Kekal Segar Hingga Tahan Berbulan-Bulan, Tidak Beku & Senang Guna Balik

Kategori:

Santan merupakan antara bahan masakan yang ‘wajib’ ada di setiap dapur kerana ia sering digunakan dalam masakan.

Bahkan, santan juga digunakan secara meluas dalam hidangan utama dan menu-menu sampingan seperti masak lemak dan gulai. Dan kebiasaannya, santan dijual melalui dua versi, santan segar dan santan kotak.

Santan segar sering menjadi pilihan lebih-lebih lagi ia menambahkan lagi rasa lemak manis. Kebiasaannya, saantan dijual dalam dua versi, iaitu santan segar dan santan kotak.

Santan segar sering menjadi pilihan lebih-lebih lagi penduduk kampung kerana boleh didapati secara terus daripada pokok kelapa. Manakala santan  kotak pula yang telah siap diproses.

Persoalannya, bagaimana tip simpan santan kalau nak menggunakan semula santan dengan cepat agar tidak beku di bawah dan masih cair walau dalam freezer.

Tip Simpan Santan Agar Tidak Beku & Senang Guna Balik

  1. Basahkan surat khabar. Balut santan dengan kertas surat khabar bbasah beberapa lapisan. Lagi banyak lagi bagus.
  2. Kedua, simpan dalam peti ais macam biasa. Aida simpan dalam deep freezer.
  3. Bila nak guna nanti, buka balutan surat khabar dan akan perasan yang mengeras cuma kertas surat khabar. Santan dalam tu tak keras.
  4. Boleh gunakan santan terus untuk memasak!

tip simpan santan tip simpan santan tip simpan santantip simpan santan

Senang kan tip simpan santan ini? Jadi tak perlu tunggu lama untuk cairkan santan yang kita simpan lama dalam peti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

Baca juga: Resipi Tepung Pelita Versi Kacau, Sukatan Untuk 25 Bekas, Hidangan Popular Bulan Puasa & Raya

tags: |