Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Berjaya Bina Syarikat Bernilai Lebih RM100 Juta Dalam 10 Tahun, Jenama Tempatan Inside Scoop Kongsi Resipi Kejayaan Mereka

Berjaya Bina Syarikat Bernilai Lebih RM100 Juta Dalam 10 Tahun, Jenama Tempatan Inside Scoop Kongsi Resipi Kejayaan Mereka

Kategori:

Bagi penggemar aiskrim, pasti anda akan terbiasa dengan jenama The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) yang menawarkan aiskrim premium kepada rakyat Malaysia khususnya. Jenama itu digilai ramai penggemar aiskrim kerana rasanya yang unik dengan perisa yang beraneka.

Berjaya Bina Syarikat Bernilai Lebih RM100 Juta Dalam 10 Tahun, Jenama Tempatan Inside Scoop Kongsi Resipi Kejayaan Mereka

Inside Scoop

Perniagaan yang dibangunkan oleh sepasang suami isteri, Edmund Tan, bekas jurubank pelaburan dan Lim Shiew Li,  sejak tahun 2013 benar-benar membuahkan hasil. TISSB yang baru sahaja berusia 10 tahun mendapat nilai perniagaan (business valuation) yang mencecah RM120 juta.

Setakat ini, 35 buah cawangan kedai telah berjaya dibina yang dahulunya hanya bermula dengan sebuah kedai biasa.

Apa Rahsia Mereka?

Melihat kepada pencambahan TISSB yang semakin berjaya dari hari ke hari, ada rahsia yang menjadikan mereka bertahan dengan jayanya. Dalam satu temubual, apabila ditanya apa resipi kejayaan mereka, mereka menyatakan ‘make our staff happy first”.

Inside Scoop

Seperti sedia maklum, pekerja-pekerja lah yang menjadi tulang belakang sesebuah perniagaan untuk melonjak lebih tinggi. Jadi, mereka melayan dan melatih pekerja dengan hebat dan memastikan pekerja mereka gembira dalam menjalankan perniagaan. Hasilnya, pekerja akan membalasnya dengan kerja yang efisen dan pragmatis.

Titik Mula Perniagaan TISSB

Berkongsi cerita mengenai titik permulaan mereka berniaga, pasangan suami isteri tersebut mengatakan mereka melihat satu kelompongan dalam dunia Food & Beverage (F&B) berkaitan aiskrim premium. Lebih-lebih lagi, tiada jenama tempatan yang mengunggulli market share untuk aiskrim premium apabila ia semua dimonopoli oleh jenama-jenama antarabangsa.

Jadi, mereka berhempas pulas memikirkan cara untuk meningkatkan jenama lokal dalam pernigaan aiskrim premium. Maka, terlahirlah The Inside Scoop Sdn Bhd yang membuka cawangan pertama di Bangsar. Pada awal mula perniagaan lagi, mereka sudah memperkenalkan jenama mereka sebagai premium.

Inside Scoop

Pada awal perniagaan, tidak dinafikan banyak cabaran yang harus dihadapi apabila strategi menarik pelanggan harus ditukar beberapa kali. Research & Development (R&D) demi R&D dibuat dan marketing yang kreatif dicipta bagi mendapatkan pelanggan sebelum akhirnya usaha membuahkan hasil.

Jual Majoriti Pegangan Saham Kepada Farm Fresh Berhad

Dalam perkembangan terbaharu, mereka baru sahaja menjual majoriti pegangan saham kepada Farm Fresh Berhad (FFB). Ini kerana, penggunaan susu yang merupakan antara bahan utama pembuatan aiskrim menjadikan perkongsian majoriti pegangan saham tersebut.

Menurut FFB, pasangan suami isteri itu akan memegang 35% kepentingan. FFB merancang untuk mengekalkan pasangan itu dalam terus mengemudi syarikat.

Inside Scoop

Tambahan lagi, 35 outlets yang sedia ada memang menghasilkan keuntungan wang memberangsangkan. Purata jualan mereka mencecah 1.3 juta setiap outlet. Jadi, ini membuatkan nilai mereka tinggi di mata FFB.

Semoga perniagaan jenama lokal seperti TISSB ini terus maju dan berkembang pesat. Semoga anak muda di luar sana mengambil peluang untuk terus ke hadapan dan menaikkan jenama lokal. Terus mengambil peluang yang ada, dan mencari jalan untuk berjaya. Bak kata pepatah, ‘In the End We Only Regret the Chances We Didn’t Take’. 

Sumber: Faridzul Asyraf

Baca juga: “Jual Air Mineral Je Pun..”, Cara Marketing Liquid Death Guna Tema Muzik Metal, Untung Sampai Juta-Juta!

tags: | | |