Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » “Di Malaysia Bersepah Kangkung..”, Dianggap Tumbuhan Berbahaya Oleh Amerika Syarikat, Kangkung Diharamkan Tanam Di Sana. Ini Sebabnya..

“Di Malaysia Bersepah Kangkung..”, Dianggap Tumbuhan Berbahaya Oleh Amerika Syarikat, Kangkung Diharamkan Tanam Di Sana. Ini Sebabnya..

Kategori:

Jika di Malaysia, tanaman sayuran kangkung adalah antara yang paling popular dan diminati oleh rakyat di sini. Mana tidaknya, nasi goreng kampung tanpa kangkung adalah nasi goreng yang tak sempurna masakannya, kan? Bayangkan jika nak buat sayur belacan, tanpa kangkung, tak adalah resepi hebat dan mantap seperti kangkung belacan.

“Di Malaysia Bersepah Kangkung..”, Dianggap Tumbuhan Berbahaya Oleh Amerika Syarikat, Kangkung Diharamkan Tanam Di Sana. Ini Sebabnya..

kangkung diharamkan

Tetapi tahukah anda, jika di Amerika Syarikat, penanaman kangkung sememangnya diharamkan di sana. Penjelasan ini dihebahkan oleh seorang pencipta kandungan di TikTok dan berjaya menarik pelbagai reaksi daripada pengguna maya.

Ia tersebar luas lagi apabila video kangkung itu disebarkan oleh rakyat Malaysia. Melalui ciapan Mohamad Yusof Yahya di akaun Twitter miliknya, dia memuat naik sebuah video daripada akaun TikTok dengan nama Agrotonomy. Dia menerangkan asal sebab tumbuhan kangkung diharamkan di sana.

Melalui penerangan Agrotonomy itu, dia menceritakan bagaimana tanaman ini telah dijadikan sajian utama di Asia, terutamanya Indonesia, Malaysia dan Filipina. Tambahnya lagi, walaupun tumbuhan ini popular di negara Asia, namun di Amerika Syarikat, tumbuhan ini sememangnya haram jika ditanam di sana.

Memetik laporan AZCentral.com, tumbuhan yang turut dikenali sebagai Bayam Air ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, menurut Jabatan Pertanian AS.

Namun disebabkankan sifat-sifat agresif tumbuhan yang tumbuh empat inci sehari ini, ia telah diharamkan di AS kerana didakwa mengancam laluan air dan spesies tumbuhan asli yang lain. Disebabkan itu, AS meletakkan kangkung dalam senarai tumbuhan berbahaya.

Ancam Laluan Air Di AS, Sebab Kangkung Diharamkan Di Sana

kangkung diharamkan

Robert Smook, jurucakap Jabatan Pertanian Arizona, mengesahkan bahawa pada zaman dahulu, pihak berkuasa negeri dan kerajaan persekutuan telah menjalankan pemeriksaan di mana-mana premis makanan yang menggunakan kangkung. Pihak berkuasa akan merampas, menghapuskan dan memusnahkan tumbuhan ini.

“Saya tidak tahu mengapa orang asal menanam tumbuhan itu pada mulanya,” kata Andrew Brischke, pakar pertanian dan sumber asli di Universiti Arizona.. “Ia boleh menjadi tumbuhan yang mengganggu. Walaupun [ditanam] belakang rumah, jika terlalu lama ia boleh mengambil alih seluruh laman anda dalam masa kurang daripada beberapa tahun. Tumbuhan ini sangat sukar untuk dibuang.”

Pihak Berkuasa AS Akan Rampas, Hapus & Musnahkan Tumbuhan Kangkung Yang Dijual Di Sana

@agrotonomy

Vertical farming kangkung (water spinach) on aeroponic towers #kangkung #waterspinach #verticalfarming #urbanfarming #aeroponics #farming #towergarden #hydroponics #agriculture #kangkong

♬ Aesthetic – Tollan Kim

@agrotonomy Vertical farming kangkung (water spinach) on aeroponic towers #kangkung #waterspinach #verticalfarming #urbanfarming #aeroponics #farming #towergarden #hydroponics #agriculture #kangkong ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Melihat reaksi netizen Malaysia berkenaan informasi kangkung diharamkan di Amerika Syarikat, rata-rata bersyukur kerana kangkung dapat ditanam dan dinikmati di sini.

“Kangkung kalau dekat sini memang wajib. Sayuran wajib buat nasi pecel Jawa ni,” kata seorang netizen bernama Djuana.

“Dekat sini kalau dekat longkang pun bersepah,” komen Taufiq.

“Nasib Baik Kangkung Boleh Dinikmati Di Malaysia” – Netizen

kangkung diharamkan

Haaaa! Nasib baik Malaysia boleh tanam kangkung. Kalau tak, tak merasa lah kita masakan sedap seperti kangkung masak goreng belacan kan. Ye dak?

Sumber: agrotonomy

Baca juga: Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

tags: | |