Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Isaac Osman Kongsi Tentang Kiosk Ais 24 Jam Layan Diri, Sistem Yang Ramai Tak Tahu Tapi Ada Di Malaysia

Isaac Osman Kongsi Tentang Kiosk Ais 24 Jam Layan Diri, Sistem Yang Ramai Tak Tahu Tapi Ada Di Malaysia

Kategori:

Air batu antara bahan yang selalu menjadi permintaan tinggi lagi-lagi ketika menyambut mana-mana perayaan.

Ia juga menjadi bahan yang wajib jika mengadakan mana-mana majlis ataupun menjadi satu keperluan bahan dapur yang perlu ada di rumah.

Ramai yang sanggup memborong berbeg-beg air batu untuk dijadikan stok, lebih-lebih lagi dalam keadaaan cuaca panas yang sudah sinonim dengan Malaysia buat masa ini.

Ia boleh didapati di mana-mana kedai runcit atau pun pasar raya terdekat. Tetapi melihat kepada waktu operasi perniagaan yang singkat dan bukan 24 jam, kemunculan kiosk ais 24 jam mendapat perhatian ramai.

Isaac Osman Kongsi Tentang Kiosk Ais 24 Jam Layan Diri, Sistem Yang Ramai Tak Tahu Tapi Ada Di Malaysia

Terbaharu, tular satu video yang dimuatnaik di Instagram @nasiayammakchili memaparkan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Isaac Othman berkongsi tempat membeli air batu dari sebuah kiosk ais 24 jam – layan diri.

kiosk ais 24 jam

Apa yang menjadi perhatian, kiosk itu seperti ‘mini gudang’ air batu yang disediakan di kawasan awam.

Menurut Isaac, kiosk ini dibuka setiap hari 24 jam dan terletak di Sentul.

Lokasi Di Sentul

Oleh itu, orang ramai tidak perlu tercari-cari ais batu jika tiada pada waktu malam khususnya di musim perayaan.

Video berkenaan menunjukkan timbunan ais batu yang ada di dalamnya. (Video penuh di sini) 

Jika melihat kepada kaedah pembelian pula, ia tidak terlalu rumit kerana menggunakan perkhidmatan layan diri. Panduan pembelian juga telah disediakan di kiosks berkenaan.

Cara penggunaan kiosk ais 24 jam :

  • Tekan butang (*) untuk ke menu utama. kiosk ais 24 jam
  • Tekan jumlah bilangan ais  (beg) yang diingini.
  • Ketika, masukkan duit kertas atau syiling secukupnya.
  • Kemudian, buka pintu dan ambil ais. Walaubagaimanapun, perlu dingatkan bahawa kiosk ini tidakk menyediakan pulangan bagi. kiosk ais 24 jam

Sumber: Instagram @nasiayammakchili 

Baca juga: “Banyak Tahun Tertipu…” – Chicken Chop Bukan Hidangan Barat Tapi Ciptaan Malaysia, Ramai Yang Masih Tak Tahu Tentang Fakta Ini

tags: | |