Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Trend Terbaru Kopi Campur Daun Bawang Jadi Kesukaan Ramai, Gabungan Itu Cetus Debat Netizen

Trend Terbaru Kopi Campur Daun Bawang Jadi Kesukaan Ramai, Gabungan Itu Cetus Debat Netizen

Kategori:

Sejenis minuman istimewa berupa kopi dibancuh bersama daun bawang semakin menjadi trend di China. Ia menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen, lapor portal Liputan6.com hari ini.

Video mengenainya dikongsikan dalam akaun Instagram @mustsharenews. Menu dinamakan ‘scallion latte’ itu semakin popular selepas mencetuskan perdebatan netizen sama ada daun bawang akan merosakkan rasa kopi.

Trend Terbaru Kopi Campur Daun Bawang Jadi Kesukaan Ramai, Gabungan Itu Cetus Debat Netizenkopi campur daun bawang

Kopi campur daun bawang itu dibuat dengan meletakkan daun bawang cincang di bahagian bawah cawan, kemudian ditambah kopi dan susu dan akhir sekali, daun bawang diletakkan di bahagian atas sebagai hiasan.

Semakin banyak kedai kopi di China mula mencipta menu baharu itu untuk hiburan di media sosial, namun sebilangan netizen berasa ingin tahu dan kagum dengan rasanya yang unik.

Daun Bawang Ada Kalsium – Netizenkopi campur daun bawang

“Daun bawang mengandungi kalsium yang tinggi,” kata seorang netizen.

@sinarharianonline

Buat pencinta daun bawang Minuman istimewa berupa kopi dibancuh bersama daun bawang semakin popular di China dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. Lapor Liputan6.com, menu dinamakan ‘scallion latte’ itu menjadi trending setelah video minuman itu tular di media sosial. Perkongsian video itu mencetuskan perdebatan netizen apabila ramai mempersoalkan rasa kopi tersebut. Muzik: Bensound – Badass Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. SinarHarian SinarTerkini Semasa Nasional Dunia Global Tular Viral China Kopi DaunBawang Minuman ScallionLatte

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

@sinarharianonlineBuat pencinta daun bawang Minuman istimewa berupa kopi dibancuh bersama daun bawang semakin popular di China dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. Lapor Liputan6.com, menu dinamakan ‘scallion latte’ itu menjadi trending setelah video minuman itu tular di media sosial. Perkongsian video itu mencetuskan perdebatan netizen apabila ramai mempersoalkan rasa kopi tersebut. Muzik: Bensound – Badass Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Dunia #Global #Tular #Viral #China #Kopi #DaunBawang #Minuman #ScallionLatte♬ original sound – Sinar Harian

Kopi campur daun bawang tersebut bukan satu-satunya minuman luar biasa kerana sebelum ini, kopi tiram Guangdong, latte sup daging lembu Ningxia, nasi kopi Shanghai, latte kicap, telur ditambah kepada kopi, dan banyak lagi ramuan kopi unik dihasilkan di China.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Nak Jimat Belanja? Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

tags: | |