Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » “Nak Anak Otak Bijak Kena Masak Cara Ni” – Doktor Ini Kongsi Amalan Seminggu Dua Kali Buat Lauk Ikan, Paling Bagus Masak Singgang

“Nak Anak Otak Bijak Kena Masak Cara Ni” – Doktor Ini Kongsi Amalan Seminggu Dua Kali Buat Lauk Ikan, Paling Bagus Masak Singgang

Kategori:

Jika melihat kepada anak-anak sekarang, rutin yang disukai oleh mereka adalah pemakanan ayam sebagai lauk untuk santapan. Tapi sebaiknya ibu bapa mengajarkan juga tentang pemakanan ikan kepada anak-anak.

Antara masakan yang paling bagus adalah masak singgang. Ini kerana, ia boleh membantu perkembangan otak anak-anak supaya lebih sihat dan bijak. Hal ini telah dijelaskan oleh Dr. Mazliana Mazlan.

Katanya, biasakan untuk memberi anak dengan makanan ikan berbanding ayam, daging, sotong, udang dan lauk pauk yang lain. Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.

“Nak Anak Otak Bijak Kena Masak Cara Ni” – Doktor Ini Kongsi Amalan Seminggu Dua Kali Buat Lauk Ikan, Paling Bagus Masak Singgang masak singgang

“60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA. Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.” katanya.

Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.

Cara Masak Singgang Kosong

Buat singgang kosong. Hanya rebus ikan bersama, bawang merah dan putih halia, kunyit hidup dan lengkuas. Sampai habis nasi, anak saya minta nak makan lagi.

Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.masak singgang

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.

Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan seperti masak singgang untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.

Sumber: Mazliana Mazlan  

Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Agar-Agar Lumut Pandan & Gula Merah Laku Keras, Resipi Turun Temurun & Tip Elak Bau Hanyir Telur

tags: | |