Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Selalu Dahaga Masa Musim Panas? Ambil Minuman Ini Untuk Hilangkan Dahaga Korang!

Selalu Dahaga Masa Musim Panas? Ambil Minuman Ini Untuk Hilangkan Dahaga Korang!

Kategori:

Sejak akhir ini, negara kita mengalami musim panas yang luar biasa sehingga boleh menyebabkan strok haba. Apabila cuaca terlalu panas, badan kita juga cepat dahaga dan penat.

Untuk menghilangkan rasa dahaga ini, apa kata anda cuba minuman-minuman ini. Ini adalah antara minuman untuk hilangkan dahaga korang dan mampu menyegarkan tubuh.

Berikut adalah minuman untuk hilangkan dahaga

  • Air Barli

Barli kaya dengan serat efektif yang mampu merendahkan kolestrol dalam darah. Selain itu air barli juga dikenali sebagai penghilang rasa dahaga dan mampu menyejukkan badan, terutama semasa panas terik. Selain boleh hidratkan badan, ianya juga mampu mengurangkan haba di dalam badan.

  • Air Kelapa

Khasiat air kelapa tersangat lah banyak antaranya ialah Vitamin A, Vitamin C dan Iron. Air ini mampu mengawal dehidrasi dan boleh menggantikan cairan dalam badan setelah penat bekerja terutama bagi mereka yang berkerja dalam sector industri yang berat.

  • Air Cincau

Air cincau ialah penyejuk semula jadi yang mampu membantu mencegah  kaya dengan karbohidrat serta mineral yang tinggi, vitamin A, C dan B1. Ianya sangat diperlukan oleh badan bagi mengawal panas dalam badan.

  • Teh Bunga

Teh bunga dikenali dengan teh krisantimum adalah antara minuman yang popular dalam kalangan masyarakat cina. Ia amat baik untuk orang yang ada simptom sakit kepala, suhu badan menurun dan ianya juga boleh mencegah serangan panas.

  • Air Mineral

Air mineral adalah air terbaik untuk hilangkan dahaga dan menyejukkan  badan anda ketika waktu panas. Ianya mengandungi banyak khasiat, antaranya ialah kalsium, magnesium dan iron yang diperlukan oleh badan untuk proses penghidratan.

Semoga bermanfaat 🙂

tags: | |