Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » “Dah La Sedap, Portion Pun Banyak..”, Nasi Goreng Menggunung Di Restoran Ini Raih Perhatian Netizen

“Dah La Sedap, Portion Pun Banyak..”, Nasi Goreng Menggunung Di Restoran Ini Raih Perhatian Netizen

Kategori:

Jika makan di luar, antara makanan yang sering dipesan oleh kebanyakan dari kita adalah nasi goreng kan.

Mungkin disebabkan rasanya yang berbeza dan mengenyangkan menjadikan ia pilihan kita. Namun bukan semua kedai menyediakan nasi goreng mengikut selera kita. Lain kedai, lain rasanya.

Berkenaan dengan nasi goreng ini, pernah heboh di aplikasi TikTok berkenaan dengan sebuah video yang merakamkan sekumpulan remaja makan di sebuah kedai. Namun apa yang membuatkan mereka terkedu adalah hidangannya yang banyak. Betul-betul menggunung.

Kalau seorang yang makan pasti tidak habis. Perlu berkongsi 2 hingga 3 orang. Jarang sekali kan kita melihat restoran yang menyediakan hidangan menggunung seperti ini.

Restoran yang dikenali Restorang Bukit Padang Jawa itu dimuat naik oleh Amirul Rahim dan membuatkan warga TikTok yang menonton video berkenaan tertanya-tanya di manakah terletaknya restoran ini.

@yonnichann

ya Allah banyak betul nasi kedai ni moga murah rezeki owner meniaga 🤲🏼 #fyp #NasiBukit #PadangJawa

♬ original sound – AmirulRahimxYon – Yon

@amirulrahimxyonya Allah banyak betul nasi kedai ni moga murah rezeki owner meniaga 🤲🏼 ##fyp ##NasiBukit ##PadangJawa♬ original sound – AmirulRahimxYon

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warga TikTok terkejut dengan hidangan yang diterima oleh mereka. Malah ramai juga dalam kalangan mereka yang mendoakan peniaga berkenaan dimurahkan rezeki.

Bagus owner kedai..

Macam nak makan seminggu..

Siapa sahaja kan tidak terkejut. Bukan sahaja banyak dan rasanya sedap malah harga nasi goreng berkenaan juga sangat berpatutan.

Buat anda yang tinggal berdekatan dengan Padang Jawa, Shah Alam, bolehlah menjamu selera di kedai nasi bukit ini.

Kredit: TikTok AmirulRahimxYon

Baca juga: Beli Nasi Goreng Sardin & Nasi Goreng Kampung Penuh Polistren, Ramai Mendoakan Mak Cik Yang Jual Dimurahkan Rezeki

tags: | | |