Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » “Harga Macam Sedekah..”, Pakcik Tua Jual Nasi Dalam Kereta Dengan Pilihan 25 Jenis Lauk Buat Netizen Sebak, Tak Sangka Suruh Bayar Dengan Harga Begitu

“Harga Macam Sedekah..”, Pakcik Tua Jual Nasi Dalam Kereta Dengan Pilihan 25 Jenis Lauk Buat Netizen Sebak, Tak Sangka Suruh Bayar Dengan Harga Begitu

Kategori:

Mencari rezeki pada zaman sekarang memerlukan ketabahan dan kesungguhan yang kental untuk meraih pendapatan bagi kelangsungan hidup. Menjadi seorang peniaga makanan jalanan misalnya, penjualan harga yang dikenakan semakin naik dari hari ke hari ekoran harga barang yang turut meningkat.

Tetapi, ia tidak mematahkan semangat seorang peniaga warga emas yang menjual harga makanan dengan murah. Dia menerima pujian ramai apabila nasi campur yang dijualnya hanya dijual dengan RM5 mengikut harga Rahmah.

“Harga Macam Sedekah..”, Pakcik Tua Jual Nasi Dalam Kereta Dengan Pilihan 25 Jenis Lauk Buat Netizen Sebak, Tak Sangka Suruh Bayar Dengan Harga Begitu

jual nasi dalam kereta

Melihat fizikalnya yang sudah mencapai umur warga emas, ramai yang kagum dan turut sebak melihat dia gigih mencari rezeki. Tambahan lagi, jualannya hanya dikenakanan dengan harga yang murah dalam menjual nasi campur menggunakan bahagian but kereta.

Dikenali sebagai Lejen Nasi Bonet, peniaga itu turut mencuri perhatian ramai kerana keunikannya berniaga dengan menggunakan sebuah kereta.

Menerusi video tular di TikTok, kelihatan bahagian tempat duduk serta but kereta peniaga itu dipenuhi dengan bekas-bekas yang berisi aneka lauk. jual nasi dalam kereta

Terdapat pelbagai sajian lauk Melayu seperti ayam masak merah, ayam goreng berempah, ikan goreng, ikan tenggiri masak sambal, sayur-sayuran, gulai kuning, dan banyak lagi yang dimakan bersama nasi putih.

“25 jenis lauk, jualan dengan harga Rahmah RM5. Semoga Allah memberkati Wak, dikurniakan kesihatan yang baik kepada Wak,” tulis Fitri Fauzi yang berkongsi video itu di aplikasi TikTok.

jual nasi dalam kereta

Tambahnya, peniaga yang bertapak di Wisma Consplant 1, Subang Jaya, Selangor itu memulakan operasinya pada jam 11.30 pagi, setiap isnin hingga Khamis.

@fitrixfauzi

25 jenis lauk, jualan dengan harga rahmah RM5. Semoga Allah memberkati Wak, dikurniakan kesihatan yg baik kepada Wak aamiin. 📍 Wisma Consplant 1, Subang Jaya ⏰ 11.30pg – 1.30tgh (Isnin – Khamis) #nasicampur #nasibonet #waknasicampur #wismaconsplant #subangjaya

♬ original sound – Fitri Fauzi – Fitri Fauzi

@fitrixfauzi 25 jenis lauk, jualan dengan harga rahmah RM5. Semoga Allah memberkati Wak, dikurniakan kesihatan yg baik kepada Wak aamiin. 📍 Wisma Consplant 1, Subang Jaya ⏰ 11.30pg – 1.30tgh (Isnin – Khamis) #nasicampur #nasibonet #waknasicampur #wismaconsplant #subangjaya ♬ original sound – Fitri Fauzi

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut memuji kecekalan peniaga berkopiah itu yang masih berniaga meskipun sudah lanjut usia.

“Pakcik ni bukan berniaga taapi pakcik ni sedekah. Saya peniaga yang muda macam pakcik tak mampu buat yang macam pakcik buat.

“Ya Allah murahnya, barang semua mahal, pakcik buat sedekah ni. Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik.

“Murah sangat tu pakcik, tapi nampak sedap. Semoga murah rezeki buat pakcik,” tulis beberapa pengguna TikTok.

Tak Sampai Hati Nak Bayar Pakcik RM5 – Pelanggan

Semoga pakcik jual nasi dalam kereta tersebut dikurniakan kesihatan yang baik agar kebaikannya dapat tersebar luas dan memberi inspirasi kepada semua.

Sumber: Fitri Fauzi

Baca juga: Pernah Viral Masak Lebih 60 Jenis Lauk, Dari Berniaga Tepi Jalan Kini Meniaga Dalam Kedai Dapat Sokongan Ramai

tags: | |