Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Tidak Malu Jadi Pembantu Kedai Makan Walaupun Ada Ijazah Kelas Pertama, Ramai Doakan Kejayaannya

Tidak Malu Jadi Pembantu Kedai Makan Walaupun Ada Ijazah Kelas Pertama, Ramai Doakan Kejayaannya

Kategori:

Dalam dunia yang semakin kompetitif ini, menjadi seorang graduan yang berjaya dalam bidang akademik dianggap sebagai pencapaian luar biasa.

Dan melihat dalam segi perindustrian kerja pula, kebanyakan pekerjaan tidak menjanjikan gaji yang setimpal dengan kelulusan.

Di dalam dunia yang penuh dengan cabaran, seseorang memerlukan pelbagai kebolehan untuk terus hidup. Jadi, setiap kebolehan harus ditimba dengan mengambil segala peluang yang ada.

Seperti kisah yang tular mengenai seorang graduan wanita yang sedia bekerja sebagai pembantu kedai makan termasuklah mencuci pinggan mangkuk, kisahnya membuka mata orang ramai.

Tidak Malu Jadi Pembantu Kedai Makan Walaupun Ada Ijazah Kelas Pertama, Ramai Doakan Kejayaannya

Zururaini Zulkarnain, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kewangan kelas pertama dan telah meraih anugerah Naib Canselor bekerja sebagai pembantu kedai makan di restoran milik abangnya.

pembantu kedai makan

Zuraini yang asalnya dari Kampung Jarau telah menjadi perhatian di TikTok setelah berkongsi video tentang pengalaman peribadinya.

Telah menamatkan pengajian pada bulan Jun tahun lalu dan sudah berusaha mencari pekerjaan dalam bidang kewangan. Namun sehingga ke hari ini masih belum rezekinya untuk mendapat pekerjaan dalam bidang tersebut.

pembantu kedai makan

Dia juga mendapat sokongan yang luar biasa dari netizen yang tidak hanya mendoakan tetapi juga memberinya semangat untuk terus berjuang.

“Sudah beratus kerja saya mohon, memang ada yang panggil temuduga tetapi bukan rezeki saya diterima bekerja namun saya tetap berusaha sehingga kini dan tidak pernah putus asa kerana saya yakin rezeki saya akan tiba juga nanti.” – Zuraini.

Dia menyatakan bahawa dia memuat naik video tentang pengalaman peribadinya bukan sahaja untuk keseronokan tetapi juga untuk menyebarkan mesej positif. Dia ingin menggalakkan masyarakat supaya tidak menilai seseorang berdasarkan pendidikan atau pekerjaannya kerana rezeki setiap individu berbeza.

Dia menyatakan, “semasa menunggu peluang lain, saya bekerja di restoran abang. Saya tidak hanya duduk diam. Walaupun upahnya tidak besar dan tidak setara dengan kelulusan saya, saya tetap bersyukur. Saya berterima kasih kepada mak, ayah, abang, saudara-mara, dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.”

Pada akhirnya, janganlah lupa bahawa kegagalan dalam mendapatkan pekerjaan bukanlah penamat cerita.

Mungkin kita dapat menimba pelbagai ilmu yang ada di dalam proses cerita tersebut. Ia hanya satu cabaran di dalam perjalanan ke arah kejayaan yang lain.

Sumber: Metro

Baca juga: Trend Terbaru Kopi Campur Daun Bawang Jadi Kesukaan Ramai, Gabungan Itu Cetus Debat Netizen

tags: | |