Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Wanita Ini Kongsi Resipi Epal Pai Dari Ibunya, 40 Tahun Pun Kekal Sama. Mudah Sahaja Rupanya!

Wanita Ini Kongsi Resipi Epal Pai Dari Ibunya, 40 Tahun Pun Kekal Sama. Mudah Sahaja Rupanya!

Kategori:

Epal pai merupakan pencuci mulut yang digemari ramai, terutamanya di negara Amerika Syarikat. Ia diperbuat daripada pastri yang mempunyai inti epal yang memberi rasa masam dan manis yang seimbang.

Kalau nak tahu cara untuk membuatnya, di sini kami berkongsi resepi epal pai dari Hasniza Hassan. Resepi ini sudah diamalkan selama 40 tahun, memang istimewa kerana dari ibunya sendiri!

Wanita Ini Kongsi Resipi Epal Pai Dari Ibunya, 40 Tahun Pun Kekal Sama. Mudah Sahaja Rupanya!

Bahan inti epal

  • 3 biji epal hijau
  • 4 oz gula pasir (boleh gantikan dengan gula perang)
  • 3 oz air tapis

Bahan adunan pastri

  • 155 gram tepung gandum
  • 125 gram tepung naik sendiri
  • 125 gram marjerin
  • 1 biji telur ayam
  • Air sejuk

Cara menyediakan inti epal

  1. Epal hijau dibuang kulit. Hiris nipis-nipis dan rendam dalam air garam. epal pai
  2. Masak epal hijau yang dihiris tadi dengan gula pasir atau perang dengan air. Boleh adjust kemanisannya. Masak hingga lembut dan hancur.
  3. Kemudian, titiskan air dan ambil hanya inti epal. Inti epal ini hanya boleh dibuat lebih awal dan disimpan dalam peti ais. epal pai

Cara menyediakan adunan pastri

  1. Tepung gandum dan tepung naik sendiri dicampurkan.
  2. Gaulkan marjerin dengan tepung hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan air sejuk dari peti ais dan uli sehingga lembut. epal pai
  4. Canai setebal lebih kurang 2 cm. epal pai
  5. Sesuaikan pastri dengan saiz loyang. epal pai
  6. Masukkan ke dalam loyang pai. Kemaskan tepi pastri. epal pai

Cara menyediakan epal pai

  1. Keluarkan inti epal yang disediakan tadi. epal pai
  2. Tebarkan inti epal ke dalam pastri. Jangan terlalu nipis atau tebal, sedang-sedang saja. epal pai
  3. Kemudian, tutup dengan sekeping lagi pastri. epal pai
  4. Boleh guna garpu untuk kemaskan tepi pastri dan buat corak. epal pai
  5. Begini lebih kurang rupanya. epal pai
  6. Sapukan kuning telur. epal pai
  7. Bakar dalam oven dengan kepanasan sekitar 200 darjah celcius selama lebih kurang 40 minit. Periksa selalu, terutamanya di bahagian bawah. epal pai
  8. Bila dah siap, keluarkan dari oven dan sedia untuk dinikmati.  epal pai

epal pai

Mudah sangat untuk menyediakan epal pai ini? Dalam banyak-banyak yang pernah dikongsikan, yang ini antara yang termudah!

Selamat mencuba!

Kredit: Hasniza Hassan

Baca Juga: Resepi Chocolate Rice Butter Cake Yang Sangat Mudah, Rasa Sekali Tentu Nak Lagi

tags: | |