Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Resipi Sambal Tomato Tambah Buah Keras, Rasanya Sedap Dan Berlemak!

Resipi Sambal Tomato Tambah Buah Keras, Rasanya Sedap Dan Berlemak!

Kategori:

Biasanya, kita selalu buat sambal belacan jika mahu dihidangkan dan makan bersama nasi atau sajian lain. Tapi, kali ini jom kita sembang dan belajar resepi sambal tomato yang rasanya masam bercampur pedas.

Sambal tomato pedas masam ni memang mudah dan senang jika ingin buat. Sesiapa yang menggemari rasa masam tu bolehlah ikut resepi sambal tomato pedas masam ini. Boleh jadi penambah selera kerana ada sambal ni tau.

Dan, rahsia di sini adalah kita tambah buah keras supaya rasanya berlemak! Pernah cuba? Kalau belum pernah, marilah cuba! Pasti tak menyesal!

Resipi Sambal Tomato Tambah Buah Keras, Rasanya Sedap Dan Berlemak

Bahan A:

  • 7 biji cili padi hijau
  • 7 biji cili keriting hijau
  • 5 biji cili padi merah
  • 5 biji cili keriting merah
  • 1 biji buah tomato merahh
  • 5 biji bawang merah
  • Buah keras (ditumbuk sedikit)

Bahan B:

  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu air limau kasturi

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan A sehingga layu.
  2. Masukkan dalam lesung batu dan tambahkan garam serta gula.
  3. Uli sehingga sedikit hancur.
  4. Terakhir, masukkan air perahan limau kasturi.

sambal tomatosambal tomato sambal tomato

Tadaaa! Dah siap sambal tomato pedas masam kita. Bagi yang suka makan sambal dan wajib ada sambal bila makan nasi, cubalah resepi simple ini. Pasti puas hati dengan rasanya.

Bagi yang nak menambah kelainan untuk sambal tomatonya, bolehlah tambah buah keras ke dalam bahan A. Selain rasanya yang lebih berlemak, buah keras juga berfungsi mempercepatkan masakan sambal dengan cara memekatkan masakan.

Untuk pengetahuan semua, sambal ni juga boleh dipanaskan tau! Lagi sedap dan wangi baunya tiap kali nak makan.

Sumber: Anilah

Baca juga: 4 Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

tags: | |