Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Resipi Ayam Masak Halia Karamel Cina Style, Ayam Halia Sedap Terabad Ini. Memang Rasa Lain Dari Yang Lain

Resipi Ayam Masak Halia Karamel Cina Style, Ayam Halia Sedap Terabad Ini. Memang Rasa Lain Dari Yang Lain

Kategori:

Teringin untuk masak hidangan yang lain dari lain dan tak tahu nak masak apa? Jom ikuti perkongsian dari Fatin Pauzi ini.

Dia telah berkongsi cara memasak Ayam Masak Halia Karamel Cina Style yang sememangnya jarang dimasak dan jumpa. Masakan ini dimasak menggunakan cara masakan orang Cina yang beraskan ramuan segar.

Jom kita masak Ayam Masak Halia Karamel Cina Style ini bersama.

Resipi Ayam Masak Halia Karamel Cina Style, Ayam Halia Sedap Terabad Ini. Memang Rasa Lain Dari Yang Lain

Bahan-Bahan:

  • ayam
  • serbuk oregano
  • lada sulah
  • gula – 5 sudu
  • bawang putih dengan kulit (ketuk)
  • bawang besar – mayang
  • lada besar – mayang
  • halia – cincang
  • sos cili
  • sos tiram

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam menggunakan lada sulah, serbuk oregano, garam dan gula secukupnya.
  2. Panaskan minyak sekadarnya. Masukkan gula. Billa gula cair, masukkan ayam dan goreng sehingga perang.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Tumis bawang putih, halia dan ayam. Goreng selama 5 minit.
  5. Masukkan sos cili dan sos tiram, gaul sebati dan tutup kuali.
  6. Setelah ayam bersalut sos, masukkan garam dan biar seketika.
  7. Siap!Ayam Masak Halia Karamel Cina Style Ayam Masak Halia Karamel Cina Style Ayam Masak Halia Karamel Cina Style Ayam Masak Halia Karamel Cina Style

Yeayyy! Dah siap Ayam Masak Halia Karamel Cina Style. Ada lauk ni sahaja pun dah best. Memang lain dari yang lain. Korang patut cuba sendiri dan rasai keenakannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua! Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Fatin Pauzi

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kerabu Sardin Kaw Untuk Puasa! Suami Puji Sedap Hingga Cakap Boleh Jual

tags: | |