Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Resipi Mi Goreng Kicap Cara Makcik Kantin, Tiada Rencah Cuma Kicap Tapi Rasanya Sedap Sangat

Resipi Mi Goreng Kicap Cara Makcik Kantin, Tiada Rencah Cuma Kicap Tapi Rasanya Sedap Sangat

Kategori:

Kebanyakan orang pasti ada makanan yang menjadi ‘comfort food’ semasa zaman sekolahnya. Jadi, pada kali ini, Daily Makan ingin berkongsi tentang resipi Mi Goreng Kicap cara makcik kantin yang sangat mudah, tapi sangat sedap.

Paling penting, anak-anak dan seisi keluarga pasti suka hidangan mudah dan enak ini.

Resipi Mi Goreng Kicap Cara Makcik Kantin, Tiada rencah Cuma Kicap Tapi Rasanya Sedap Sangat

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus mi kuning
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • cili kisar
  • kisar pedas (jenama Ikhwan)
  • kicap lemak manis (jenama Jalen)
  • kicap pekat (jenama Jalen)
  • minyak bijan

Cara penyediaan:

  • Celur mi kemudian tos. Masukkan dalam bekas dan tuang semua jenis kicap. Gaul mi dengan kicap ini sampai rata.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan pes cili kisar hingga naik bau.
  • Masukkan mi kicap tadi, besarkan api dan kacau sebati.
  • Jika nak basah, masukkan sedikit air. Bila mi dah lembut, tutup api dan renjis minyak bijan. Siap! mi goreng kicap mi goreng kicap mi goreng kicap

Mi Goreng Kicap ini sememangnya tidak menggunakan garam dan gula tau. Hanya menggunakan kicap sebagai perasa. Sukatan kicap boleh sesuaikan ikut citarasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Neny Lai Han

Baca: Bukan Setakat Budak, Orang Dewasa Pun Suka. Resipi Nasi Goreng Kicap Paling Simple & Cepat

tags: | |