Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Jom Cuba Resipi Nasi Goreng Tomyam, Sedap Sangat! Rasa Sebijik Macam Kedai Makan Thai

Jom Cuba Resipi Nasi Goreng Tomyam, Sedap Sangat! Rasa Sebijik Macam Kedai Makan Thai

Kategori:

Nasi goreng merupakan hidangan yang mudah sahaja untuk disediakan tak mengira waktu. Di Malaysia, terdapat pelbagai variasi nasi goreng yang boleh dicuba. Bagi anda yang gemar dengan rasa masakan Thailand, sudah tentu anda pernah cuba nasi goreng tomyam.

Jika anda ingin menyediakannya sendiri di rumah, perlu cuba resipi nasi goreng tomyam yang telah dikongsikan oleh Noorhafizah Ismail di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Caranya mudah sahaja, jom baca perkongsian olehnya.

Resipi Nasi Goreng Tomyam

Bahan-Bahan:

  • Udang atau sotong
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Satu sudu cili blend
  • Daun limau purut
  • Serai dihiris
  • Cili padi
  • Kiub pati tomyam (dapatkan yang ini)
  • Kubis bunga
  • Nasi
  • Lobak merah
  • Minyak masak RESEPI NASI GORENG TOMYAM RESEPI NASI GORENG TOMYAM

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang dan cili kisar sekejap.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan kiub, daun limau dan serai. Kacau sehingga sebati, masukkan sedikit air kalau pekat. Masukkan udang. RESEPI NASI GORENG TOMYAM
  3. Bila sudah kering, masukkan nasi. Kacau sekejap, masukkan sotong dan sayur.
  4. Masukkan perasa, garam letak sedikit sahaja sebab kiub tomyam itu sudah cukup masin.
  5. Bila sudah siap, tutup api dan hidangkan bersama keropok keping. RESEPI NASI GORENG TOMYAM RESEPI NASI GORENG TOMYAM

Resipi nasi goreng tomyam sangat simple jadi sesiapa sahaja boleh cuba. Bagi hantu tomyam, anda bolehlah ke dapur dan menyediakannya sendiri. Kalau buat untuk keluarga, sudah tentu mereka juga akan menggemarinya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Noorhafizah Ismail

Baca Juga: Spaghetti Goreng Pedas Yang Sesuai Untuk ‘Tekak Melayu’, Wanita Ini Kongsi Resepinya..

tags: | |