Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Wanita Ini Kongsi Resipi Puding Caramel Telur, Boleh Buat Berniaga & Hidangan Majlis. Confirm Laku Keras!

Wanita Ini Kongsi Resipi Puding Caramel Telur, Boleh Buat Berniaga & Hidangan Majlis. Confirm Laku Keras!

Kategori:

Bagi korang yang mencari resipi untuk buat potluck ataupun pemanis mulut bagi meraikan sesuatu majlis, perkongsian ini memang untuk korang.

Kali ini, kami ingin kongsikan resipi Puding Caramel Telur dalam bekas kecil-kecil. Memang sedap tau. Cara ini memang tak bau hanyir telur.

Kalau korang nak buat meniaga pun boleh. Jom kita ikuti perkongsian Cik Markonah ini.

Wanita Ini Kongsi Resipi Puding Caramel Telur, Boleh Buat Berniaga & Hidangan Majlis. Confirm Laku Keras!

Bahan & Cara Penyediaan Adunan Puding:

  • 18 biji telur gred B@C
  • susu pekat 1 tin
  • susu cair 3 tin
  • sunquick 2 sudu kecil
  • esen vanilla 3 penutup
  • air biasa 700 ml
  • letak air dalam tin-tin susu kocak. Baki susu baru sukat air tu jadi 700 ml. Campur dalam adunan. Untuk elak membazir baki-baki susu. Kalau taknak buat pun takpa, sukat je air jadi 700 ml.

Bahan & Cara Penyediaan Caramel:

  • 1kg gula cairkan. Dah golden brown campur air panas 600ml. Hati-hati, panas ya. Caramel ni jangan guna semua. Letak 1-2 sudu makan je setiap bekas. Kan manis sangat. Akan ada baki nanti. Simpan je peti ais.
  • Semua bahan puding masuk dalam 1 bekas besar. Telur boleh blend sahaja sekejap agak-agak hancur semua dan tapis (guna tapis besi tu dia jarang sikit) ke dalam adunan.
  • Lepas dah kacau, sebati semua. Guna penapis paling halus untuk tapis lagi sekali. Masuk dalam jug untuk senang nak tuang dalam bekas.
  • Tuang adunan puding dalam bekas yang dah diisi gula caramel tadi. Tutup bekas dengan penutu. Letak sahaja jangan tutup rapat. Kukus api sederhana kecil dalam asa 15 minit. Check kalau belum masak, tambah lagi 3-5 minit.
  • P/s: Kalau guna kukus elektrik Noxxa kukus selama 18-20 minit.resipi puding caramel telur resipi puding caramel telur resipi puding caramel telur

Siap sudah resipi puding caramel telur! Bolehlah korang buat untuk majlis korang. Nak jadikan jualan sampingan untuk duit tambahan pun boleh. Pasti laku keras.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih untuk perkongsian buat pengongsi.

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Cik Markonah

Baca juga: Cara Buat Asam Pedas Ayam Kuah Pekat Melikat, Ini Rahsia Penyediaan Yang Ramai Kena Cuba Try!

tags: | |