Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Wanita Ini Kongsi Resipi Puding Tutty Fruity Viral, Ramai Buat Jualan & Hidangan Jamuan. Confirm Laku Keras!

Wanita Ini Kongsi Resipi Puding Tutty Fruity Viral, Ramai Buat Jualan & Hidangan Jamuan. Confirm Laku Keras!

Kategori:

Antara dessert atau pemanis mulut yang viral sekarang adalah Puding Tutty Fruity. Tengok pun sememangnya sudah mengiurkan.

Perkongsian Puding Tutty Fruity Viral yang berkrim dengan rasa lemak manis setiap lapisan puding menjadikan ia pemanis mulut yang lain dari yang lain.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ikuti resipi perkongsian daripada Cik Dayang Zuhaila ini yang tengah hangat dan virala sekarang. Boleh buat makan jamuan dan jualan tau!

Wanita Ini Kongsi Resipi Puding Tutty Fruity Viral, Ramai Buat Jualan & Hidangan Jamuan. Confirm Laku Keras!

Bahan-Bahan:

  • 1 liter susu kotak Full Cream
  • 1 paket serbuk agar-agar – 10 gram
  • 2 liter air bertapis
  • 300 gram susu tepung
  • 300 gram coffeemate
  • 200 gram – 230 gram gula / kalau letak filling, elok gula 200 gram sahaja sebab manis filling nanti
  • secubit garam
  • sedikit esen vanilla
  • vanilla powder
  • filling mengikut kesukaan

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air. Kemudian masukkan 1 paket serbuk agar-agar. Masak sehingga serbuk agar-agar larut.
  2. Seterusnya masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  3. Kemudian masukkan coffeemate dan kacau sebati.
  4. Masukkan susu tepung dan kacau sehingga tak berketul. Boleh tapis kalau berketul.Puding Tutty Fruity Viral
  5. Akhir sekali masukkan susu full cream, garam dan vanilla powder. Masak sehingga betul-betul mendidih selama 5 minit. Kemudian ketepikan.Puding Tutty Fruity Viral
  6. Sapukan filling kesukaan pada bekas. Tuangkan adunan ke dalam bekas.Puding Tutty Fruity Viral
  7. Tadaaa! Nak filing tak jatuh ke bawah. Boleh buat awal dan masukkan dalam peti. Puding Tutty Fruity Viral
  8. Masukkan adunan dimasak sehingga penuh atau 3/4 penuh. Puding Tutty Fruity Viral Puding Tutty Fruity Viral Puding Tutty Fruity Viral
  9. Simpan dalam peti sejuk 2-3 jam. Kemudian boleh dimakan.Puding Tutty Fruity Viral

Haaa dah siap dah Puding Tutty Fruity Viral ni. Setiap suapan pasti sejuk hingga ke tekak. Memang laku keras buat jamuan hidangan atau jualan tau!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Cik Dayang Zuhaila

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Jejari Roti Bersalut Tepung Bestari, Tak Sangka Sedap & Rangup Bila Cicah Dengan Sos. Cubalah!

tags: | |