Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Daging ‘Terbaik’, Sesuai Dimakan Dengan Nasi &amp Ketupat!

Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Daging ‘Terbaik’, Sesuai Dimakan Dengan Nasi &amp Ketupat!

Kategori:

Rendang Daging merupakan antara menu wajib ketika menyambut hari lebaran. Hidangan ini memang enak dimakan bersama lemang, ketupat dan juga pulut kuning. Selain rendang ayam, Rendang Daging juga merupakan salah satu menu wajib ketika Hari Raya.

Kalau tiada rendang terasa macam tidak lengkap. Nak membuat rendang ni susah ke? Tak susah pun sebenarnya. Ikut je resepi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini. Pasti menjadi dan sedap!

Cara Buat Rendang Daging Lebaran

Bahan-bahan :

  • 1 kilo daging | potong ikut suka
  • 4 cawan santan pekat | daripada 2 biji kelapa / 2 kotak santan
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 sdb gula
  • 2 sdt garam (jika kurang sila tambah)
  • Sedikit bahan perasa (jika suka)
  • 4 sdb kerisik (kalau guna dalam peket kecil guna 4 peket)
  • 3 helai daun kunyit | hiris halus
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 senduk minyak masak untuk menumis

Bahan kisar : 

  • 25 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas putih
  • Halia (sebesar ibu jari )
  • Lengkuas (letak sikit sahaja )
  • 5 batang serai
  • 1 1/2 sdb biji ketumbar
  • 1 1/2 sdb jintan manis

Cara penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
  2. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan daging, santan, air dan daun limau purut.
  3. Masak hingga kuah mula kering.
  4. Kemudian masukkan asam keping, gula, garam dan bahan perasa.
  5. Teruskan memasak sehingga kuah rendang pekat.
  6. Akhir sekali taburkan daun kunyit dan gaul sebati.
  7. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.rendang daging rendang daging

Mudah sahaja kan resepi Rendang Daging yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini. Jadi tunggu apa lagi, jom kita pergi cari barang dan cuba buat sendiri dekat rumah. Yang penting jangan derhaka resepi ya!

Baca juga : Cara Buat Rendang Daging Yang ‘Power’, Sesuai Untuk Yang Tidak Suka Ayam

tags: |