Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Jom Cuba Resipi Roti Butter + Kaya Cara Ini. Confirm Sedap Rasa Creamy Sebijik Versi Kopitiam

Jom Cuba Resipi Roti Butter + Kaya Cara Ini. Confirm Sedap Rasa Creamy Sebijik Versi Kopitiam

Kategori:

Kadang-kadang, terlalu banyak resipi yang berada di fikiran dan tak tahu nak sediakan hidangan yang mana untuk breakfast kan?

Jika korang nak buat breakfast berasakan roti, mari sini Min kongsikan cara sediakan Roti Butter + Kaya ni. Cara ni memang sedap membuatkan roti kita dimakan dengan rasa krim berlemak.

Perkongsian daripada Nuralia Idayu ini sebenarnya simple sahaja, tapi memang sedap! Kepada mak-mak yang buntu idea nak buat brekafast untuk anak, boleh try.

Pening Nak Sediakan Breakfast Apa Untuk Keluarga? Jom Cuba Resipi Roti Butter + Kaya Cara Ini. Confirm Sedap Rasa Creamy!

Bahan-Bahan:

  • roti Gardenia – ikutlah brand apa-apapun.
  • butter – brand Buttercup pun boleh. Sis guna jenama Farm Cows
  • kaya

Cara Penyediaan:

  1. Potong kulit roti, sebab budak-budak dekat rumah ni tak suka kulit roti tu. Lepastu potong dua.
  2. Sapu kaya banyak-banyak. Jangan kedekut, nanti bakar dia meleleh, nampak nyummy gitu!
  3. Potong butter jadi cube macam dalam gambar. Susun 3 baris atas roti.
  4. Sis sapu juga kaya untuk lapisan atas, jadi upside down lah kaya tu.
  5. Bakar pada susu 170 darjah celcius. Masa, 10-15 minit. Bergantung kepada kerangupan yang korang mahukan.
  6. Boleh makan! Confirm krup krap rasanya.roti butter + kaya roti butter + kaya roti butter + kaya roti butter + kaya

Dah siap kita punya roti butter + kaya ni. Jom sediakan air milo o atau teh o panas. Pasti sedap menggoda!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Nuralia Idayu

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Maggi Untuk Orang Demam, Ini Cara Masak Paling Menjadi! Letaklah Bahan Ni..

tags: | |