Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Masakan Asas Sotong Kegemaran Ramai, Resipi Sotong Siram Petang Ala Thai Guna Serai Dengan Aroma Limau Purut

Masakan Asas Sotong Kegemaran Ramai, Resipi Sotong Siram Petang Ala Thai Guna Serai Dengan Aroma Limau Purut

Kategori:

Makanan laut iaitu Sotong adalah kegemaran orang ramai yang boleh dimasak pelbagai jenis lauk. Ada sotong goreng, sotong sambal, sotong goreng kunyit dan banyak lagi.

Kali ini, akan dikongsikan resipi Sotong Siram Petang yang dimasak ala thai menggunakan serai, limau nipis dan limau purut. Terus perut menggelegak kerana lapar apabila bau sahaja resipi ini dimasak.

Masakan Asas Sotong Kegemaran Ramai, Resipi Sotong Siram Petang Ala Thai Guna Serai Dengan Aroma Limau Purut

Resipi Sotong Siram Petang ini dikongsikan oleh Noor Sabrina Amran lalu dikongsikan semula oleh Diari Resipi Bonda.

Sotong Siram Petang

Bahan-Bahan:

  • Sotong
  • Cili padi (dihiris)
  • Serai (dihiris nipis)
  • Halia (dihiris nipis)
  • Bawang putih (dihiris nipis)
  • Bawang merah (dihiris nipis)
  • Daun limau purut
  • Limau nipis / lemon
  • Sos cili thai
  • Minyak masak

Sotong Siram Petang

Cara Penyediaannya:

  1. Basuh sotong dan toskan. Potong ikut citarasa masing-masing
  2. Gaul sotong dengan garam dan kunyit
  3. Goreng sekejap separuh masak. Angkat dan toskan
  4. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau
  5. Masukkan Sos Cili Thai dan kacau sebati
  6. Masukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut
  7. Masukkan sotong, dan kacau sebati. Jangan masak lama-lama nanti sotong liat
  8. Sedia untuk dihidangkan. Selamat menikmatinya. Resepi dari mak mertua. Rasanya masam manis dan pedas. Sedap sangat

Sotong Siram Petang

Sotong Siram Petang

Sotong Siram Petang

Sotong Siram Petang

Sedapnya resipi sotong siram petang ala thai ni, sekejap pun dah siap satu lauk. Mesti mak mertua dan pak mertua lagi sayang kalau si isteri buat masakan ini.

Selamat Mencuba!

Kredit: Noor Sabrina Amran

Baca Juga: Musim Hujan Sejuk-Sejuk Lapar, Apa Kata Kita Masak Mee Suah Panas-Panas Makan Depan TV!

tags: | |