Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Ramai Terkejut Dengan Review Darsa Fried Chicken Oleh Lelaki Cina Ini, Ulasannya Jadi Tumpuan Ramai

Ramai Terkejut Dengan Review Darsa Fried Chicken Oleh Lelaki Cina Ini, Ulasannya Jadi Tumpuan Ramai

Kategori:

Baru-baru ini, Darsa Fried Chicken (DFC) heboh dengan beberapa isu yang terpalit melibatkan komen admin dan harga jualan.

Walau bagaimanapun, isu itu telah selesai dengan permohanan maaf oleh pihak restoran.

Terbaharu, sebuah video berkenaan seorang lelaki Cina memberi komen dan review Darsa Fried Chicken menarik minat ramai hingga ramai orang ingin mencubanya.

Jelasnya, restoran yang merupakan 100% buatan Muslim itu ternyata memberikan rasa yang sedap untuk jenama lokal dan  menyeru orang ramai menikmatinya sendiri.

Video review Darsa Fried Chicken olehnya tular di media sosial hingga menarik minat ramai. Dia mencuba 2 pcs Chicken Set berharga RM16.60 dan menunggu selama satu jam untuk mendapatkan hidangan tersebut.

Ayam Goreng Besar! Memang Sedap!

“Wooo ayam goreng berempah! This is good man!”, katanya dalam video ulasan tersebut.

Dia juga menyatakan bahawa saiz ayam juga besar dan berbaloi dengan masa lama menunggu pesanan siap.

“Try pula dengan garlic sauce. Memang sedap! Saya bagi 9.2/10!”, katanya lagi.

@hungrysam_oe

Replying to @Turu. Trying Malaysia @DarSA Fried Chicken (DFC)! REALLY GOOD OR NOT? Location Bukit Beruntung Haal or not? On the wall it says 100% muslim own #dfc #darsafriedchicken #friedchicken #crispy #foodreview #malaysiafood #hungrysam #reallygoodornot #MakanLokal

♬ original sound – Hungry Sam – Hungry Sam

@hungrysam_oe Replying to @Turu. Trying Malaysia @DarSA Fried Chicken (DFC)! REALLY GOOD OR NOT? Location Bukit Beruntung Haal or not? On the wall it says 100% muslim own #dfc #darsafriedchicken #friedchicken #crispy #foodreview #malaysiafood #hungrysam #reallygoodornot #MakanLokal ♬ original sound – Hungry Sam

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang ingin turut mencuba Darsa Fried Chicken jika produk itu menjamin kesedapan yang enak di mulut dan kenyang di perut.

“Saya tak kisah siapa pun yang menjual. Jika produk itu sedap dengan servisnya bagus, saya akan sokong!”.

Jom Sokong Tanpa Rasis Oleh Semua Pihak – Netizenreview Darsa Fried Chicken

Untuk info tambahan, outlet pertama Darsa Fried Chicken itu dibuka di Jalan Adenium 1A, Bukit Sentosa, Malaysia.

Sumber: Hungry Sam

Baca juga: “Pak Jabit, Nak Mee Kari Kuah Laksa..”, Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mee Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

tags: | |