Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Cara Buat Sup Ayam Berempah, Guna 2 Jenis Rempah Ini Baru ‘Kick’

Cara Buat Sup Ayam Berempah, Guna 2 Jenis Rempah Ini Baru ‘Kick’

Kategori:

Hidangan yang selalunya dipanggil ‘comfort food’ adalah hidangan yang berasaskan kuah sup dan antara yang paling digemari adalah sup ayam.

Biasanya, kita masak sup ayam yang kuahnya sedikit jernih kan? Kali ini, kita cuba masak versi Sup Ayam Berempah. Memang sedap, hanya perlu menggunakan 2 jenis rempah untuk memekatkan kuah supaya rasanya lagi mantap.

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita masak Sup Ayam Berempah yang dikongsi oleh Zurina Zulkifli ini.

Cara Buat Sup Ayam Berempah, Guna 2 Jenis Rempah Ini Baru ‘Kick’Sup Ayam Berempah

Bahan-bahan:

  • paket serbuk rempah sup
  • paket 4 sekawan rempah dan bunjut Sup Ayam Berempah

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan semangkuk ayam bahagian bertulang. Kalau banyak ayam, kena guna dua paket serbuk rempah sup.
  2. Selepas itu panaskan 3 sudu minyak masak, tumiskan sebiji bawang merah yang dihiris nipis bersama dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
  3. Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
  4. Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik. Sup Ayam Berempah
  5. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati. Sup Ayam Berempah
  6. Masukkan ayam, gaul rata.
  7. Masukkan dua mangkuk air, kemudian masukkan sup bunjut. Sup Ayam Berempah
  8. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
  9. Biarkan sehingga sup dan mendidih masak. Boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
  10. Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng. Sup Ayam Berempah

Haaa sudah siap kita punya Sup Ayam Berempah. Sekali sekala tukar selera memang sedap kan? Nak makan dengan nasi boleh, nak cicah dengan roti pun boleh.

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Zurina Zulkifli

Baca juga: Resipi Ayam Rebus Sos Thai, Memang Sedap Dengan Rasa Masam Manis Yang Buat Kecur Air Liur

tags: | |