Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Nak Jimat Belanja? Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

Nak Jimat Belanja? Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

Kategori:

Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pasti kita punya pelbagai cara untuk menjimatkan belanja dalam kehidupan seharian. Antara cara dan alternatif lain yang boleh dibuat adalah tanam sayur di rumah!

Haaa, mesti baca tanam sayur dekat rumah tu sebagai sesuatu yang renyah atau payah kan? Tapi sebenarnya, tahukah anda tanam sayur kangkung tanpa jejak tanah memang boleh dilakukan. Selain mendapat hasil yang banyak, kualiti sayur yang kita nak makan tu pun mesti bersih sangat.

Bagi sesiapa yang tiada ruang atau laman bersesuaian, moleklah guna cara tanam sayur kangkung tak jejak tanah ini. Bagi yang ada laman pun memang patut cuba!

Nak Jimat Belanja? Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

Menurut Yuziyana Yusop, individu yang telah berkongsi cara tanam sayur kangkung ini sebagai kangkung tapis atau kangkung tak jejak tanah. Tiga minggu dah boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah kilo hasil kangkung.

tanam sayur kangkung tak jejak tanah

Cara-caranya:

  1. Rendam biji benih 32 jam guna air paip. Kalau ada benih yang kembang sangat dalam masa 24 jam boleh asingkan dan letak dalam tapis. (Boleh terus ke langkah 2).
  2. Toskan benih lepas rendam kemudian masukkan dalam tapis. Agak-agak saja kuantiti biji benih. Jangan padat sangat, jangan sikit sangat.
  3. Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Jika lubang besar anak kangkung akan bolos nanti. Jika ada benih yang sudah berakar, masukkan akar ke salam lubang tapis, biarkan ia menjalur.
  4. Letak tapis atas baldi yang telahpun dimasukkan air paip separas mencecah dasar tapis.
  5. Tutup tapis berisi benih selama 2 hingga 3 hari. Tujuan menutup biji benih adalah untuk menggalakkan anak benih cepat tumbuh.
  6. Selepas 3 hari anak benih akan tumbuh seperti tauge. Jangan panik, memang betul dah caranya. Waktu ini dah boleh dedahkan kepada cahaya, air dalam tangkungan tak buang. Boleh tambah baja AB.
  7. Boleh mula guna baja AB bancuhan 10mbllab+2L air atau 1.5 ec – 2 ec.
  8. Hanya pantau air baja dan akar pokok. Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec  minggu 1(10ml ab+2L air), 2 ec minggu ke2 (15ml ab+2L+air).
  9. Kangkung tuai bila kangkung berumur lebih kurang 3 minggu.

tanam sayur kangkung tak jejak tanah tanam sayur kangkung tak jejak tanah tanam sayur kangkung tak jejak tanah

Senang kan? Jom mula tanam sayur kangkung tak jejak tanah ni! Selamat mencuba ya semua. Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Sumber: Yuziyana Yusop

Baca lagi: Daging Dendeng Padang Pekat Dan Rangup, Boleh Jadi Sambal Mi Sup Jadi Lagi Sedap!

tags: | |