Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Tauke Restoran Kongsi Resipi Sup Siam Paling Padu, Hirup Slurpppp Kuah Rasa Mantap!

Tauke Restoran Kongsi Resipi Sup Siam Paling Padu, Hirup Slurpppp Kuah Rasa Mantap!

Kategori:

Sebut je pasal sup, hidangan ni sememangnya pembuka selera lagii-lagi yang sukakan makanan berkuah. Puasa ni eloklah kita buat sup ni.

Jadi, kali ini, kami nak kongsi resepi sup Siam yang pure dari negara jiran sana. Resepi ini dikongsi oleh empunya restoran makanan Siam di Putrajaya, Syeedap Thai Food, Liza Idris.

Jom kita rujuk dan masak sup Siam ini bersama.

Tauke Restoran Kongsi Resipi Sup Siam Paling Padu, Hirup Slurpppp Kuah Rasa Mantap!

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kilo tulang rusuk lembu
  • minyak masak untuk menumis
  • 3 biji limau kasturi
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 batang sederi
  • 2 biji tomato
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • daun ketumbar

Bahan Tumis:

  • 1/2 biji bawang holland (dihiris)
  • 4 biji bawang putih (diketuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 2 inci lengkuas (diketuk)
  • 4 helai daun limau purut
  • akar ketumbar
  • 1 pakaet sup tulang bunjut

Cara Penyediaan:

  1. Dalam periuk, rebus tulang dan daging sampai lembut.
  2. Gunakan kuali, panaskan minyak masak dan tumis bahan tumis. Tumis sampai kekuningan.
  3. Selepas daging empuk, masukkan bahan tumis dalam periuk daging.
  4. Perah buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon.
  5. Kemudian masukkan bawang holland, saderi, tomato dan cili padi.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali, tabur daun ketumbar.

Tip: Tabur bawang goreng untuk lebih sedap dengan rasa yang lebih mantap.

Siap sudah sup Siam kita. Bolehlah kalau nak hidrup macam tu je atau makan dengan nasi. Memang sedap dan menyelerakan tau!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para pembaca. Selamat mencuba dna menikmati.

Sumber: Liza Idris 

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis, Sedap & Payah Nak Jumpa Hidangan Tradisional Unik Ni!

tags: | |