Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Tip Masak Nasi Goreng Yang Ramai Tak Tahu, Simpan Dulu Dalam Peti Ais Boleh Rendahkan Gula! Ini Caranya..

Tip Masak Nasi Goreng Yang Ramai Tak Tahu, Simpan Dulu Dalam Peti Ais Boleh Rendahkan Gula! Ini Caranya..

Kategori:

Jika nasi putih yang dimasak tidak habis pada hari yang sama, biasanya kita akan simpan untuk buat nasi goreng bagi mengelakkan ia daripada membazir. Ia adalah teknik dan cara yang paling senang dilakukan. Dan kita akan menyimpan lebihan nasi dalam peti ais kan?

Tahukah anda bahawa hal itu bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran, tetapi dengan menyimpan nasi ke dalam peti sebelum digoreng dapat merendahkan gula dan membuat tekstur nasi menjadi lebih cantik.

Seperti perkongsian Faeez Harith melalui laman Twitternya, ciapannya menceritakan tentang perkongsiannya mengenai tips memasak nasi goreng yang diamalkannya sebelum ini dan ia mendapat perhatian orang ramai sehingga 2 ribu lebih ulang ciap. Jom kita rujuk bersama!

Tips Masak Nasi Goreng Yang Ramai Tak Tahu, Simpan Dulu Dalam Peti Ais Boleh Rendahkan Gula! Ini Caranya..

tips masak nasi goreng

Tips Nasi Goreng Tekstur Cantik, Mudah & Sedap!

  1. Simpan nasi dalam peti ais (bawah) sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman. Nasi akan lebih peroi dan cantik bila digoreng.
  2. Goreng dulu telur separuh masak dan nanti telur tu masukkan sebelum tutup api.
  3. Jangan tumis bawang dengan bawang dengan bawang putih serentak. Bawang putih lagi cepat hangot. Kalau guna cili boh, lepas cilii masak baru masukkan bawanng putih.
  4. Perasakan dulu rencah dengan garam dan sebagainya. Sebelum masukkan nasi untuk rasa yang sekata.

tips masak nasi goreng tips masak nasi goreng

Berdasarkan komen netizen, ramai juga yang meniru tips masak nasi goreng ini dan hasilnya nasi yang dimasak lebih cantik. bila nasi menjadi sebutir-sebutir, tak mudah hancur dan patah bila digoreng.

Dalam hal yang sama, simpan nasi dalam peti ais boleh merendahkan kandungan glucose/gula dalam badan bila makan, Ini kerana kanji itu sudah terurai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Faeez Harith

Baca juga: Kisar 2 Bahan Rahsia Ini, Confirm Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Melikat Dan Sedap! Cubalah!

tags: | |