Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » Tanam Pokok Kesum Dalam Rendaman Air, Ini Tips Supaya Pokok Elok Subur Dan Akar Meriah!

Tanam Pokok Kesum Dalam Rendaman Air, Ini Tips Supaya Pokok Elok Subur Dan Akar Meriah!

Kategori:

Selain tanaman halia yang tumbuh subur di rumah, pokok kesum juga adalah antara pokok yang senang diijaga dan ditanam di rumah. Ia boleh dilakukan melalui kaedah rendaman air saja tau.

Cara ini memang lagi mudah, malah pokok kesum akan subur merimbun jika dijaga dengan betul. Disebabkan mudah, ramai yang cuba tanam melalui kaedah ini.

pokok kesum dalam rendaman air

Tapi masalah yang kerap dihadapi bila tanam dalam air adalah lama kelamaan daunnya mula menguning dan gugur hingga akhirnya layu dan mati. Sudahnya, kita pun kecewa. Jom kita rujuk tip yang dikongsi Nur Izzah Mahmud ni. Nampak hasil tanamannya memang subur dan akar pun meriah!

Tanam Pokok Kesum Dalam Rendaman Air, Ini Tips Supaya Pokok Elok Subur Dan Akar Meriah!

pokok kesum dalam rendaman air

  1. Pilih dahan pokok kesum yang segar dari pokok induk dan kerat.
  2. Sediakan botol atau balang lutsinar sama ada plastik atau kaca.
  3. Buang daun-daun di bahagian bawah dan rendam pokok kesum dalam botol berisi air. Guna air paip saja, paras air boleh rujuk gambar di bawah. pokok kesum dalam rendaman air
  4. Letak pokok kesum yang direndam di tempat yang mudah dapat cahaya tapi bukan cahaya matahari terus.
  5. Saya guna balang lutsinar ini supaya mudah nampak kalau ada jentik-jentik. Tapi setakat ini belum ada lagi.
  6. Tambah air jika nampak dah surut. Tak perlu tukar air air hari-hari. Setakat 2-3 minggu air masih elok jernih. Kalau mula nampak hijau cuci balang atau bekas saja. pokok kesum dalam rendaman air
  7. Dalam tempoh sebulan selepas tanam, pokok kesum ini tak perlu letak baja lagi. Selepas tempoh sebulan bolehlah letak baja AB atau NPK 15.
  8. Tapi, jika berhasrat nak pindahkan pokok kesum ini ke tanah tak perlu letak baja. Boleh terus tanam dalam pasu atau ke tanah. Boleh guna media tanah campuran kelapa sawit dan cocopeat.

Inilah hasil pokok kesum yang direndam dan dipindahkan ke pasu selepas banyak akar!

pokok kesum dalam rendaman air

Tips:

Pokok kena selalu kerat atau trim. Tinggalkan sejengkal dari pasu/ botol saja. Bila pokok kesum sudah tinggi, dan keluar bunga itu tanda pokok sudah tua. Jika tak dikerat atau trim, ia tidak bercambah, kuning dan lama kelamaan pokok layu dan mati.

Semoga perkongsian tips tanam pokok kesum dalam rendaman air ini bermanfaat, selamat mencuba!

Sumber: Nur Izzah Mahmud

Baca juga: Guna Sisa Makanan Untuk Suburkan Tanah Tanaman, Tak Membazir Dan Berkesan, Ini Caranya

tags: | | |