Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 99.3K followers
  • 299K followers
  • 99.3K Followers
Home » “Kreatif Sangat Ni Kak..”, Wanita Ini Kongsi Resipi Aiskrim Petai, Ini Cara Buat Aiskrim Paling ‘Rare’. Ramai Nak Cuba!

“Kreatif Sangat Ni Kak..”, Wanita Ini Kongsi Resipi Aiskrim Petai, Ini Cara Buat Aiskrim Paling ‘Rare’. Ramai Nak Cuba!

Kategori:

Biasanya, kita selalu makan dan menikmati aiskrim perisa vanila, coklat atau perisa aiskrim biasa yang lain. Tetapi, perkongsian Zam Aiskrim dalam laman TikToknya membuktikan apa sahaja makanan boleh dijadikan aiskrim jika kita ingin mencuba sesuatu yang baharu.

Perkongsian aiskrim petai yang dikongsikannya di laman itu menarik perhatian ramai sehingga mendapat berpuluh ribu tanda suka. Jadi, jom kita tengok resepi aiskrim petai yang rare ini.

“Kreatif Sangat Ni Kak..”, Wanita Ini Kongsi Resipi Aiskrim Petai, Ini Cara Buat Aiskrim ‘Rare’ Ini. Ramai Nak Cuba!

Bahan-Bahan:

  • 300 ml air
  • 2 sudu tepung jagung
  • 300 ml susu segar
  • 60 gram gula
  • 1/2 sudu pewarna hijau
  • 10 biji petai
  • 1 sudu ovellete

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air 300 ml dan masukkan 2 sudu tepung jagung ke dalam kuali atau periuk.
  2. Buka api, kacau dan masak hingga jernih.
  3. Masukkan susu 300 ml.
  4. Masukkan 60 gram gula.
  5. Masukkan 1/2 sudu pewarna hijau.
  6. Kacau semua hingga sebati.
  7. Ambil 10 biji petai dan blend bersama campuran yang dimasak tadi.
  8. Selepas blend, masukkan ke dalam bekas, lalu masukkan ke dalam freezer selama 5 jam.
  9. keluarkan dan hancurkan aiskrim, masukkan ovellete 1 sudu.
  10. Mixer aiskrim dengan ovellete sampai kembang.
  11. Setelah kembang bekukan selama 5 jam.
  12. Keluarkan aiskrim dan cedok.
  13. Aiskrim dah siap!

@zamaiskrim

Jom kita buat Aiskrim Petai hari ni😍 #aiskrim #carabuataiskrim #aiskrimviral #aiskrimmalaysia

♬ Dj Cere Bebek – Eang Selan

@zamaiskrim Aiskrim Keladi Homemade #fyp #aiskrim #aiskrimkeladi #aiskrimviral ♬ DJ burung puyuh dimakan biawak – DJ ManikCi

Haaa dah siap aiskrim petai rare ini. Memang pelik dan menarik untuk dicuba. Korang nak tahu rasa dia? Cubalah buat dan nikmatinya sendiri. Siapa penggemar petai tu, ini memang khas untuk anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mecuba semuanya.

Sumber: Zam Aiskrim 

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Epal Pai Dari Ibunya, 40 Tahun Pun Kekal Sama. Mudah Sahaja Rupanya!

tags: |